Nikmat bertanya =)

Sudah 2 minggu meninggalkan laman ini . Nak kata sibuk , tak juga . Mungkin tidang datang 'hormon' untuk update tu . Memang tak boleh jadi penuliis =p habis tak jalan apa pun nanti .

Hari ni Jumaat , cuti ! tak payah kalut-kalut nak bersiap ke sekolah lepas sahur. 1st week of Ramadan sudah settle , less than a month now for the kenduri ! extremely nervous !

Lepas settle segala kewajipan tadi , ambil sebuah buku dan buka-buka sikit . Topik kali ni adalah berkaitan soalan .

Some men see things as they are and say , 'Why?' I dream of things that never were and say,'Why not?'
-GBS

Sangat mengujakan bila cakap soal 'menyoal'. Sebagai cikgu sekolah rendah (buat masa sekarang) , memang boleh dapat '1st hand experience' berkenaan kekuatan kanak-kanak dalam soal menyampaikan soalan . Dalam lingkungan umur inilah mereka membesar dan pengalaman di sepanjang perjalanan ini juga yang akan sedikit sebanyak membentuk peribadi mereka .

Kalau kita guide depa ke arah yang baik , moleklah nanti bila besar .

Kalai kita salah guide depa , mungkin sampai bila-bila kesan tu akan ada.

Kita kena ajar depa untuk bertanya soalan yang sepatutnya , soalan yang penting , soalan yang boleh membentuk masa hadapan depa dan ultimately soalan yang boleh membawa depa mengenali Tuhan mereka.

Tebal dan banyak perkataan , namun sangat bagus ! 
Itulah peranan guru , bukan hanya sekadar masuk kelas dan lontarkan silibus dengan harapan,'Besar nanti dapat kejayaan' . Tak semudah itu . Kejayaan bukan berpaksi kepada bilangan A di tangan ! . 

Back to drawing board , planning , dreaming , for the upcoming weeks ! =) 

Ada supermarket yang dah pasang lagu raya ! apekah !

Lumrah Manusia

Kita tak boleh expect kanak-kanak untuk berkelakuan seperti orang dewasa . Memang hakikat menjadi kanak-kanak dengan ciri kanak-kanak . Menjadi masalah kerana , suasana masyarakat kita sendiri sudah tidak sama dengan 20 tahun yang lalu .

" Dulu , kami belajar macam itu macam ini .." ayat-ayat seperti ini akan menambahkan lagi beban kepada mereka . Belajar dulu cara dulu la , full stop . Kita yang dewasa ini patutnya lebih memahami atau dalam erti kata lain ada empati dalam berurusan dengan kanak-kanak. Kekurangan sikap inilah yang mendorong kepada kes-kes dera , kes pukul murid teruk-teruk , dan macam-macam lagi .

Tak Membantu

Pukul pelajar supada patuh arahan tak akan selama-lamanya membantu mereka dalam pelajaran . Tindakan yang terhasil daripada rasa takut dan stress tak akan boleh maintain selama-lamanya .

Hari ini merupakan hari sign buku rekod . Memang hari yang dinantikan murid sebab boleh balik awal . Tapi cikgu pun jenuh menanti sebab nak jumpa ibu-bapa . Rata-rata ibu-bapa murid kelas saya tadi , kebanyakkannya seolah-olah tidak peduli langsung akan apa yang anak depa ni dapat atau apa yang perlu dibuat .

Disini boleh disimpulkan , kesalahan pertama dalam kegagalan pendidikan anak-anak adalah berpunca daripada KELUARGA .

Perempuan tu nama Putri Arisya , lelaki tu nama Amir , murid kelas saya =) 
Tadi terdengar dialog antara dua orang murid kelas saya yang ibu-bapa mereka tak datang untuk tandatangan buku rekod : 


Putri : Weh hang dapat beghapa weh ? , woooohhh .. banyok la C ngan D , hahahaha .. tak dok A langsung ! 
Amir : ceh , mai nak tengok yang hang .. hahahaha.. sama ja kita , hang pun banyak C ngan D ja ni.. 
Putri : Lekeh ghupanya kita ni kan .. hehehehe.. 
akhirnya pakat gelak sebab tengok result masing-masing =)


Keletihan yang teramat sekarang ni , walaupun esok cuti , tapi masih akan ke sekolah untuk siapkan projek eureka =)