MENGIMBAU KISAH SILAM

Kisah silam , kalau best , memang suka la nak imbas kan . Tapi kalau yang tak best , sumpah tak mahu sapa pun tahu .


Realiti check

Memang kita tak hidup dalam drama yang indah . Naik turun , jatuh sakit , suka duka , gembira lara , semua tu lumrah kot . Cuma kadang- kadang , yang buruk tu semua nak ditinggalkan dan dilupakan terus . Terlepas pandang kita akan hikmah dan pengajaran yang datang bersama dengan pengalaman tu .

Baru-baru ini , kena isi borang posting . Damn . Sebab kena letak percentage degree . Hanya ada beberapa manusia saja didunia ni yang tahu , even mak bapak saya sendiri tak pernah tahu . Worst case , orang yang incharge minta ditulis dalam google docs kot.. so semua orang satu bacth boleh tahu apa percentage tu . Sumpah la tak kan tulis kan .

Tapi pengajaran yang diperolehi dari pengalaman % tu sangat besar . Teramat besar . Sudah pasti , kalau suatu hari nanti berjaya mendapatkan Phd , adalah juga disebabkan pengalaman itu . Percentage tu tak akan dilupakan sampai bila-bila . For my junior di Manchester tu , bertabah sudey .. life will not give us what we want , instead it gives us what we need .

I just want to stop being a prisoner of my past , because i want to be the architect of my future =) inshaAllah ..





Buat Saja

Banyak betul benda yang berlegar-legar kat kepala otak ni . Banyak betul program yang mahu dilaksanakan . Banyak betul itu dan ini . Tapi bila dah banyak ni , fokus akan hilang . Which sangat tak bagus apabila anda hilang fokus dalam hidup .


Jadi , rasanya perlu untuk duduk dan tulis dan classify perkara-perkara yang perlu diberi fokus dan susun top priorities dalam hidup ni balik =)


Tak semestinya pada tahun baru saja nak buat benda tu kan , muhasabah yang constant bagus untuk memastikan fokus tak lari .

It's 5 o clock , keadaan sunyi sepi dan yang ada hanya nyamuk-nyamuk dok mengigit ! jenuh nak kibas2 kaki dan tangan . huh . Antara important thing yang ingin fokus ialah , sambung Msc dalam 2,3 tahun dari sekarang . Ini bermaksud , rumah tangga yang berusia 2,3 tahun juga =) secara jujurnya , saya sendiri tak pasti bagaimanakah keadaanny pada ketika itu , tapi nekad juga untuk menyambung Msc selepas 2,3 tahun pengalaman bekerja .

Antara urgent thing pula sekarang , mahu melaksanakan satu program berkaitan Palestine di IPG ni dalam masa terdekat . Itu hanya akan berjalan setelah perlantikan JPP baru selesai . Baru boleh approach presiden baru =) .

So , urgent pun saya kena tengok dan important pun saya kena fikir =)

Refuelling

Tak ada orang yang terlalu sibuk memandu sampai lupa nak isi minyak kan ? . Pada mulanya tidak berhasrat mahu update dalam masa terdekat , sebab bajet nak update semula bila dah start praktikum . KPLI memang sibuk dan memenatkan mental , especially bila kerja dibuat last minutes . Bukan apa , ada yang rasa just nak habiskan saja KPLI ni , penat dengan degree dulu masih tak settle lagi .


Menyepi untuk mengisi kembali diri . haha . lama juga kan . biasa la , muscle pun kena rehat kalau tiap-tiap hari workout , apetah lagi otak dan jiwa kan .


20 febuari akan mula praktikum , inshaAllah akan ditulis diari harian/mingguan praktikum sebagai refleksi peribadi di blog ini =) . Nilai sebuah pengalaman tak mungkin dapat digantikan dengan percakapan semata-mata . Cakap senang , rasanya lain bro .

So tamat la sesi refuelling , sekarang masa untuk menghadapi cabaran baru =) haha. cuti belum habis , tak apa ,.. early start !

The fault is not in the stars, but in ourselves. We created our circumstances by our past choices. We have both the ability and the responsibility to make better choices beginning today - Lembing goyang -




New and last semester


Start with back to back class from 8 to 7 ! yeah ! that's is KPLI . Memang penat , namun penat , sakit , letih itu semua natural reaction diri kita .

Saya ingin menceritakan tentang seorang hamba Allah ni , pelajar KPLI juga . Seperti biasa , ketika kelas yang bosan pasti ada yang akan tidur dan semestinya budak lelaki =p . Hidup students KPLI standard saja antara satu sama lain , pagi kelas petang kelas malam pula makan dan buat homework dan tidur .

Bukan nak membangkitkan riak , namun ingin membuktikan sesuatu bak kata hamba Allah itu . Perbualan dengan menantu seorang pimpinan hebat di tanah air merupakan detika permulaan kepada perubahan yang ingin dilakukan oleh hamba Allah ini . Pimpinan ini seorang yang famous di tanah air dan sudah berusia ( tua ) . Namun rutin hariannya menarik perhatian kerana , setiap malam beliau akan bangun solat malam . Seorang yang tua mampu untuk bangun melawan nafsu tidur , sedangkan dia sudah tua . Itulah persoalan yang terdetik di hati hamba Allah itu .

Dia mencuba , dan terus mencuba . Namun akan terasa mengantuk pada minggu pertama cubaannya .

Setelah sebulan maintain rutin bangun about 4.30 - 5 am tu . Ianya sudah menjadi habit . Dimana habit ni , susah nak buang . Betul kan ? . Tak percaya , cari satu habit anda dan cuba buangnya . Sangat susah seperti orang yang merokok tak boleh nak tinggalkan rokok .

Ada orang cakap , apa pasal bangun awal ? nanti mengantuk la dalam kelas . Ya benar , memang akan tiba waktu mengantuk , namun hamba Allah ini tidak pernah lagi tidur dalam kelas dan jarang sekali mengantuk kalau dibandingkan dengan mereka yang tidur lebih 2,3 jam darinya . Apa rahsia ? walaupun bangun awal dan kurang tidur ?

Saya merasakan rahsia itu hanya Allah yang tahu . Entah mengapa seolah-olah badan sudah terbiasa dan tidak memerlukan kepada extra sleep setiap hari .

Saya doakan supaya beliau sentiasa istiqamah dengan habit itu =) . Kerana ini semester baru , dan dia memang inginkan satu kehidupan yang lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini dan hari-hari sebelum ini .

Dan kepada yang mengenali hamba Allah itu , sama-sama la doakan kejayaannya dalam menghabiskan KPLI ni ! =)

:: HAB ::

Ringkasan yang saya mampu but dari artikel daripada sebuah majalah tentang Imam Hassan Al-Banna dari pandangan anak beliau Ustaz Saiful Islam =) , wording yang saya gunakan adalah tak formal ( ie guna ayat sendiri la ) sharing is caring :


1.Beliau telah menghadiahkan satu perpustakaan khusus kepada anaknya , dan memberi belanjaan bulanan kepadanya untuk membeli kitab


2.Salah satu kata-kata ayahnya yang Ustaz Saiful islam selalu ingat , " Apabila terdapat seorang lelaki yang beriman , maka terdapat bersamanya faktor-faktor kejayaan"


3.Hassan Al-Banna menyediakan satu fail khas bagi setiap anaknya , dia akan tulis segala tarikh berkaitan dengan anak-anaknya , sekiranya anaknya sakit dia akan membuka fail tersebut dan bagi kepada doktor sebab dalam fail itu terdapat rekod-rekod yang ditulisnya jika anaknya jatuh sakit dari segi ubat apa yang diambil , selama mana ubat tu di ambil dan berapa lama anaknya sakit .


4.Beliau juga menyimpan segala rekod pelajaran anak-anaknya , dan membuat nota bagi setiap masalah anak-anaknya dalam pelajaran .


5.Hassan al-Banna akan menulis sendiri setiap keperluan rumah bagi setiap bulan .


6.Mempunyai keperibadian yang lemah lembut terhadap anak-anak , membuatkan mereka patuh bukan kerana takut .


7.Hukuman yang paling berat pernah diterima oleh Ustaz Saiful Islam ialah cubitan ditelinga . Dan pada jam 11 pagi hari yang sama , ayahnya telefoh dan 'berdamai' kembali dengan anaknya itu


8.Beliau tidak pernah menyimpan duit gajinya , diberi kepada anak-anaknya dan dalam perjuangan beliau . Pada tahun 1943 , memberi 3 Qurusy kepada anak-anaknya adalah satu jumlah yang besar ( kerana average budak2 dapat hanya sebanyak 1 atau setengah Qurusy sahaja )


9.Pada setiap jumaat , beliau akan bagi extra duit kepada anaknya untuk diberikan kepada fakir miskin di masjid .


10.Beliau bagi 50 Qurusy kepada anaknya untuk beli bahan bacaan untuk letak dalam perpustakaan peribadi mereka


11. Sangat teliti akan perihal anaknya , walaupun sibuk dengan urusan Ikhwan , beliau perhatikan setiap buku yang anaknya baca .


12." pada bulan Ramadhan secara khususnya , beliau akan memanggil kakak saya Wafa' ( ibu kepada Tariq Ramadhan ) untuk membacakan

kepadanya Al-Quran lebih kurang satu jam sebelum maghrib . Lalu kami memegang Al-Quran dan melihat kepadanya . Kemudian bapa kami memperdengarkan bacaannya dan kadang-kadang kami terlali daripada mengikuti bacaannya . Setelah dewasa barulah saya sedar yang sebenarnya itulah cara beliau gunakan untuk mengajar kami membaca Al-Quran "


13.Setelah beliau berkahwin , beliau berusaha untuk mengenali kaum keluarga isterinya seorang demi seorang .


14.Seorang yang sangat sopan santun , beliau pulang lewat setelah bekerja dengan Ikhwan , beliau buka pintu dengan cara yang sangat perlahan agar tidak menganggu orang yang tidur sehinggakan mengejutkan anaknya yang sedang membaca kerana tidak sedar bila ayahnya masuk dan beliau akan menyelimuti anak-anaknya yang sedang tidur


Inilah sedikit perkongsian dari satu artikel yang dibaca dalam majalah Memperingati Imam Hassan Al-Banna edisi khas Revolusi Mesir 2011 =) moga bermanfaat !