Nikmat bertanya =)

Sudah 2 minggu meninggalkan laman ini . Nak kata sibuk , tak juga . Mungkin tidang datang 'hormon' untuk update tu . Memang tak boleh jadi penuliis =p habis tak jalan apa pun nanti .

Hari ni Jumaat , cuti ! tak payah kalut-kalut nak bersiap ke sekolah lepas sahur. 1st week of Ramadan sudah settle , less than a month now for the kenduri ! extremely nervous !

Lepas settle segala kewajipan tadi , ambil sebuah buku dan buka-buka sikit . Topik kali ni adalah berkaitan soalan .

Some men see things as they are and say , 'Why?' I dream of things that never were and say,'Why not?'
-GBS

Sangat mengujakan bila cakap soal 'menyoal'. Sebagai cikgu sekolah rendah (buat masa sekarang) , memang boleh dapat '1st hand experience' berkenaan kekuatan kanak-kanak dalam soal menyampaikan soalan . Dalam lingkungan umur inilah mereka membesar dan pengalaman di sepanjang perjalanan ini juga yang akan sedikit sebanyak membentuk peribadi mereka .

Kalau kita guide depa ke arah yang baik , moleklah nanti bila besar .

Kalai kita salah guide depa , mungkin sampai bila-bila kesan tu akan ada.

Kita kena ajar depa untuk bertanya soalan yang sepatutnya , soalan yang penting , soalan yang boleh membentuk masa hadapan depa dan ultimately soalan yang boleh membawa depa mengenali Tuhan mereka.

Tebal dan banyak perkataan , namun sangat bagus ! 
Itulah peranan guru , bukan hanya sekadar masuk kelas dan lontarkan silibus dengan harapan,'Besar nanti dapat kejayaan' . Tak semudah itu . Kejayaan bukan berpaksi kepada bilangan A di tangan ! . 

Back to drawing board , planning , dreaming , for the upcoming weeks ! =) 

Ada supermarket yang dah pasang lagu raya ! apekah !

Lumrah Manusia

Kita tak boleh expect kanak-kanak untuk berkelakuan seperti orang dewasa . Memang hakikat menjadi kanak-kanak dengan ciri kanak-kanak . Menjadi masalah kerana , suasana masyarakat kita sendiri sudah tidak sama dengan 20 tahun yang lalu .

" Dulu , kami belajar macam itu macam ini .." ayat-ayat seperti ini akan menambahkan lagi beban kepada mereka . Belajar dulu cara dulu la , full stop . Kita yang dewasa ini patutnya lebih memahami atau dalam erti kata lain ada empati dalam berurusan dengan kanak-kanak. Kekurangan sikap inilah yang mendorong kepada kes-kes dera , kes pukul murid teruk-teruk , dan macam-macam lagi .

Tak Membantu

Pukul pelajar supada patuh arahan tak akan selama-lamanya membantu mereka dalam pelajaran . Tindakan yang terhasil daripada rasa takut dan stress tak akan boleh maintain selama-lamanya .

Hari ini merupakan hari sign buku rekod . Memang hari yang dinantikan murid sebab boleh balik awal . Tapi cikgu pun jenuh menanti sebab nak jumpa ibu-bapa . Rata-rata ibu-bapa murid kelas saya tadi , kebanyakkannya seolah-olah tidak peduli langsung akan apa yang anak depa ni dapat atau apa yang perlu dibuat .

Disini boleh disimpulkan , kesalahan pertama dalam kegagalan pendidikan anak-anak adalah berpunca daripada KELUARGA .

Perempuan tu nama Putri Arisya , lelaki tu nama Amir , murid kelas saya =) 
Tadi terdengar dialog antara dua orang murid kelas saya yang ibu-bapa mereka tak datang untuk tandatangan buku rekod : 


Putri : Weh hang dapat beghapa weh ? , woooohhh .. banyok la C ngan D , hahahaha .. tak dok A langsung ! 
Amir : ceh , mai nak tengok yang hang .. hahahaha.. sama ja kita , hang pun banyak C ngan D ja ni.. 
Putri : Lekeh ghupanya kita ni kan .. hehehehe.. 
akhirnya pakat gelak sebab tengok result masing-masing =)


Keletihan yang teramat sekarang ni , walaupun esok cuti , tapi masih akan ke sekolah untuk siapkan projek eureka =) 





Under Construction =)

Alhamdulillah , hari kedua projek eureka berjalan dengan baik =) . Masih jauh perjalanan .

From drawing to real figure ! =) best bila tengok drawing sendiri jadi kenyataan .. 
10 days to Ramadhan ! inshaAllah .. oh baru dapat tahu result KPLI , Alhamdulillah skor 3.83 ! grad dengan cemerlang =)

Sungguh Sibuk !

Makin hari makin sibuk dengan urusan di sekolah . Hakikatnya kerja seorang guru sekarang ni bukan lagi macam dulu . Sekarang ni , guru la yang nak mengajar , yang nak jadi ahli sukan , yang nak jadi ketua kawad kaki dan yang kena jadi kerani .

Kemanisan Kerja

Tapi boleh dikatakan di sini , itulah kemanisa kerja kot . Saya belum lagi posting , tapi sudah meresap masuk ke dalam sekolah ini . Meresap di sini bermaksud , tak ada beza cikgu ganti dengan cikgu sebenar di situ . Mungkin sebab depa tengok kelayakan sebagai student KPLI kot . Sebab tu hampir semua kerja cikgu sebenar diberikan tanpa rasa bimbang .

Tiada yang lebih berharga daripada pengalaman . Memang terbukti  kata-kata 'Pengalaman adalah merupakan guru terbaik anda ' ( terjemah daripada English ) .

Sepanjang 3 minggu berada di sini , banyak benar yang telah saya belajar terutamanya daripada murid sendiri. Kadang-kadang terasa macam nak tukar pula dari option sekolah menengah ke sekolah rendah =)

Projek EUREKA yang baru bermula semalam =) harap dapat bagi basic untuk sekolah ini . Saya cikgu Math yang mengajar BM dan sekarang Sains ! 

Senamrobik 1Murid 1Sukan seluruh Malaysia semalam =) sihat dan cergas !


Itulah sedikit intipati apa yang sedang berlangsung di sekolah sejak akhir-akhir ini. Balik rumah tak sempat nak rehat , kena fikir dan terus fikir untuk projek EUREKA tu . Nak lawan minggu depan 18/7/2012 

Apapun , RAMADHAN is just around the corner ! =)



What a day =)

Yet another awesome day =) . Walaupun terpaksa mencurah tenaga dengan mengeluarkan suara sedasyat yang mungkin bagi mengatasa suara 36 orang budak dalam satu kelas ! , tapi still enjoy ! .

*****


Tengah asyik membantu budak-budak yang masih belum siap kerja , berjaya menangkap beberapa orang budak yang rajin ( dah siap ) main-main !

Muka kantoi kena cekup main tepuk-tepuk ! =)




   
Ini super ! lelaki kot main tepuk-tepuk ! ( ele macam cikgu depa tak pernah buat kan dulu =P)



apa pun , tempoh selama lebih sebulan lagi yang berbaki akan dimanfaatkan sebaik mungkin =) inshaAllah , depa ni akan mengajar cikgu depa lebih banyak yang cikgu depa boleh ajaq depa =p . 

100 sehari

Jumlah bayaran bagi seorang cikgu ganti yang ada ijazah . Memang semua orang nak sebab banyak tu 100 sehari , cumanya bagi sesiapa yang sanggup untuk pikul tanggungjawab isi buku rekod budak time kat rumah malam-malam , buat RPH , buat BBM , buat kerja KOKO and macam-macam lagi , baru boleh apply cikgu ganti . Kalau setakat nak fikirkan duit , jangan minta , baik pi kerja di KFC !

AWAT ?

Sebab ini kaitan masa depan budak-budak ! satgi depa mai tuntut kat akhirat baru hampa tau !

Adik-adik kelas 3A , kelas paling last dalam batch .

Ni produk yang marah pun tak dak effect !

Kelas 3S , hyperactive !

Dah siap kerja , dok diam-diam ! that's not what they will do =) 

Menyiapkan buku rekod murid untuk perjumpaan dengan waris =)

So , siapa kata jadi cikgu senang ? - respect sama cikgu especially sekolah rendah sebab I'm in their shoes now ! Syukur aku terima offer ni .Jom subuh !


Tsunami FB


Tak perlu bebel panjang-panjang mengenai FB ni . Senang cerita sampai ke tahap ini la : 


Maksudnya , terlalu banyak masa yang 'terspend' di FB sehinggakan undang-undang sebegini pun ada . The good side is that our gov is kind of updated la juga kan =) tak ada la kolot benar . Mengikuti trend semasa gitu.. 

Bacaan Bulan Ini

Buku yang telah dibuat kajian rapi oleh penulis 


Sudah agak lama terbeli buku ini , tapi masih belum berkesempatan untuk menghabiskannya . Tekad untuk bulan 7 ini , mesti habis , tak banyak pun pages ( dalam 500 lebih ) kalau dibahgikan kepada beberapa part untuk satu hari .

InshaAllah akan dapat dihabiskan ! =) susah betul kalau nak membeli buku di Malaysia ni , Langkawi tak macam KL , banyak kedai buku besar seperti MPH , Kinokuniya dan sebagainya . Popular pun tak dak ! .

Nasib baik boleh 0n9 saja zaman sekarang ni . Tai kena tunggu duit gaji dulu la bro ! .