New and last semester


Start with back to back class from 8 to 7 ! yeah ! that's is KPLI . Memang penat , namun penat , sakit , letih itu semua natural reaction diri kita .

Saya ingin menceritakan tentang seorang hamba Allah ni , pelajar KPLI juga . Seperti biasa , ketika kelas yang bosan pasti ada yang akan tidur dan semestinya budak lelaki =p . Hidup students KPLI standard saja antara satu sama lain , pagi kelas petang kelas malam pula makan dan buat homework dan tidur .

Bukan nak membangkitkan riak , namun ingin membuktikan sesuatu bak kata hamba Allah itu . Perbualan dengan menantu seorang pimpinan hebat di tanah air merupakan detika permulaan kepada perubahan yang ingin dilakukan oleh hamba Allah ini . Pimpinan ini seorang yang famous di tanah air dan sudah berusia ( tua ) . Namun rutin hariannya menarik perhatian kerana , setiap malam beliau akan bangun solat malam . Seorang yang tua mampu untuk bangun melawan nafsu tidur , sedangkan dia sudah tua . Itulah persoalan yang terdetik di hati hamba Allah itu .

Dia mencuba , dan terus mencuba . Namun akan terasa mengantuk pada minggu pertama cubaannya .

Setelah sebulan maintain rutin bangun about 4.30 - 5 am tu . Ianya sudah menjadi habit . Dimana habit ni , susah nak buang . Betul kan ? . Tak percaya , cari satu habit anda dan cuba buangnya . Sangat susah seperti orang yang merokok tak boleh nak tinggalkan rokok .

Ada orang cakap , apa pasal bangun awal ? nanti mengantuk la dalam kelas . Ya benar , memang akan tiba waktu mengantuk , namun hamba Allah ini tidak pernah lagi tidur dalam kelas dan jarang sekali mengantuk kalau dibandingkan dengan mereka yang tidur lebih 2,3 jam darinya . Apa rahsia ? walaupun bangun awal dan kurang tidur ?

Saya merasakan rahsia itu hanya Allah yang tahu . Entah mengapa seolah-olah badan sudah terbiasa dan tidak memerlukan kepada extra sleep setiap hari .

Saya doakan supaya beliau sentiasa istiqamah dengan habit itu =) . Kerana ini semester baru , dan dia memang inginkan satu kehidupan yang lebih bermakna dari tahun-tahun sebelum ini dan hari-hari sebelum ini .

Dan kepada yang mengenali hamba Allah itu , sama-sama la doakan kejayaannya dalam menghabiskan KPLI ni ! =)

0 comments:

Post a Comment