Ringkasan yang saya mampu but dari artikel daripada sebuah majalah tentang Imam Hassan Al-Banna dari pandangan anak beliau Ustaz Saiful Islam =) , wording yang saya gunakan adalah tak formal ( ie guna ayat sendiri la ) sharing is caring :
1.Beliau telah menghadiahkan satu perpustakaan khusus kepada anaknya , dan memberi belanjaan bulanan kepadanya untuk membeli kitab
2.Salah satu kata-kata ayahnya yang Ustaz Saiful islam selalu ingat , " Apabila terdapat seorang lelaki yang beriman , maka terdapat bersamanya faktor-faktor kejayaan"
3.Hassan Al-Banna menyediakan satu fail khas bagi setiap anaknya , dia akan tulis segala tarikh berkaitan dengan anak-anaknya , sekiranya anaknya sakit dia akan membuka fail tersebut dan bagi kepada doktor sebab dalam fail itu terdapat rekod-rekod yang ditulisnya jika anaknya jatuh sakit dari segi ubat apa yang diambil , selama mana ubat tu di ambil dan berapa lama anaknya sakit .
4.Beliau juga menyimpan segala rekod pelajaran anak-anaknya , dan membuat nota bagi setiap masalah anak-anaknya dalam pelajaran .
5.Hassan al-Banna akan menulis sendiri setiap keperluan rumah bagi setiap bulan .
6.Mempunyai keperibadian yang lemah lembut terhadap anak-anak , membuatkan mereka patuh bukan kerana takut .
7.Hukuman yang paling berat pernah diterima oleh Ustaz Saiful Islam ialah cubitan ditelinga . Dan pada jam 11 pagi hari yang sama , ayahnya telefoh dan 'berdamai' kembali dengan anaknya itu
8.Beliau tidak pernah menyimpan duit gajinya , diberi kepada anak-anaknya dan dalam perjuangan beliau . Pada tahun 1943 , memberi 3 Qurusy kepada anak-anaknya adalah satu jumlah yang besar ( kerana average budak2 dapat hanya sebanyak 1 atau setengah Qurusy sahaja )
9.Pada setiap jumaat , beliau akan bagi extra duit kepada anaknya untuk diberikan kepada fakir miskin di masjid .
10.Beliau bagi 50 Qurusy kepada anaknya untuk beli bahan bacaan untuk letak dalam perpustakaan peribadi mereka
11. Sangat teliti akan perihal anaknya , walaupun sibuk dengan urusan Ikhwan , beliau perhatikan setiap buku yang anaknya baca .
12." pada bulan Ramadhan secara khususnya , beliau akan memanggil kakak saya Wafa' ( ibu kepada Tariq Ramadhan ) untuk membacakan
kepadanya Al-Quran lebih kurang satu jam sebelum maghrib . Lalu kami memegang Al-Quran dan melihat kepadanya . Kemudian bapa kami memperdengarkan bacaannya dan kadang-kadang kami terlali daripada mengikuti bacaannya . Setelah dewasa barulah saya sedar yang sebenarnya itulah cara beliau gunakan untuk mengajar kami membaca Al-Quran "
13.Setelah beliau berkahwin , beliau berusaha untuk mengenali kaum keluarga isterinya seorang demi seorang .
14.Seorang yang sangat sopan santun , beliau pulang lewat setelah bekerja dengan Ikhwan , beliau buka pintu dengan cara yang sangat perlahan agar tidak menganggu orang yang tidur sehinggakan mengejutkan anaknya yang sedang membaca kerana tidak sedar bila ayahnya masuk dan beliau akan menyelimuti anak-anaknya yang sedang tidur
Inilah sedikit perkongsian dari satu artikel yang dibaca dalam majalah Memperingati Imam Hassan Al-Banna edisi khas Revolusi Mesir 2011 =) moga bermanfaat !