:: The coming of 2012 ::


Tahun 2012 masihi bakal memunculkan diri bermula esok . So banyak la akan keluar azam2 baru lepas ni . Yang super malas akan cakap , sama macam tahun lepas . Which is not bad at all , mana tahu kan azam tahun lepas dia supaya tahun itu lebih baik dari tahun sebelumnya , so tahun 2012 akan jadi lebih baik dari 2011 and so on .


My target ? certainly everyone has targets for 2012 kan ? . Well , for me the list will not be too long . First of all , of course getting married ! lols plus damn cuak kot . Saya tak tahu adakah sudah cukup bersedia untuk menghadapi kehidupan rumah tangga . Honestly tak tahu . Well , apa pun hidup mesti terus ke hadapan kan =) .


Seterusnya satu lagi cabaran 2012 ialah , bermulanya kehidupan sebagai guru ! =) . Sudah tentu saya tidak mahu jadi mediocre . I want to be the best kot . haha . Sifir mudahnya , buat kerja sampai ke tahap tiada siapa mampu buat macam tu . Bermaksud be the best ! yeah . InshaAllah.


List yang lain tak boleh ditulis disini , sebab boleh menimbulkan atau memasukkan diri ini ke dalam zon riak .

PRU 13 ?

Ini juga antara agenda paling hot dalam tahun 2012 nanti . Setiap zarah dalam badan ini dah bergetar tak sabar nak mengundi . lol .

Berkaitan dengan PRU ni kan , ada satu fenomena yang saya kerap kali lihat . Ada golongan manusia yang selama ini tidak pernah ambil tahu tentang perihal kedudukan Islam . Tapi apabila di gembar gembur oleh sesetengah pihak bahawa kedudukan Islam akan terjejas jikalau negara ini jatuh ke tangan pihak lain , maka ramai hero-hero muncul .

Tak salah , cumanya let's look at the bigger picture now . Bagaimana sikap ketidak pedulian selama ini terhadap agama yang tetiba muncul hanya kerana kepentingan politik ? . Selama ini tidak pernah nak ambil tahu kedudukan Islam dalam kehidupan ? tiba-tiba nak jadi hero untuk keududukan Islam dalam perlembagaan ? .

Sikap ignorance itu pun selama ini telah menjejaskan kedudukan Islam ! . Tanpa disedari , diri sendiri yang selama ini mejatuhkan kedudukan Islam dalam kehidupan . Kalau dah Islam tiada lagi dalam kehidupan , kenapa nak diletakkan lagi dalam perlembagaan ? . Well , it's just a piece of mind .

Apa pun dalam perancangan anda semua untuk tahun 2012 ni , make sure it's balance !=) kepada yang belum grad , it's just another year of struggle ! haha .




:: Short one#5 : convert ? ::



Kita banyak menghabiskan masa atau meluangkan masa kita dengan perkara-perkara seperti driving dan bersosial . Masa untuk ibadah khusus bila dikira balik , lebih kurang satu jam satu hari. Kalau waktu tidur kita tidak dikira ibadah , rugi besar kita . 42 jam tidur dalam seminggu . wow ! .


Jom kira , kalau la kita bersosial ( jalan gi kelas , ziarah kawan ect2 ) dalam sehari is about 8 jam . Dalam seminggu menjadi 56 jam . Maka sebulan bersamaan dengan 240 jam . Setahun pula 2920 jam . Kalau average manusia ummat Nabi Muhammad saw hidup selama lebih kurang 60 tahun . 60 tahun bersamaan dengan 525,600 jam ( lebih kurang saja ) .

Kalau dalam masa setahun kita habiskan sebanyak 2920 jam untuk bersosial , maka dalam masa 20 tahun katakan , kita telah habiskan sebanyak 58,400 jam ! untuk bersosial .

persoalannya sekarang , macam mana kita nak convert 58,400 jam tu untuk cover waktu ibadah kusus kita yang hanya sejam sehari ? so that 58,400 jam yang juga bersamaa dengan hampir 6 tahun tu , untuk dijadikan share kepada kita di sana kelak ? yes , terbaik kalau dok diam-diam tak tahu apa nak buat , kira balik berapa banyak masa yang di habiskan dalam sehari ! =) ambil kertas dan kira sendiri !


The End of 2011 , the beginning of 1433H



ya , sudah 29 Muharam , bukan begin lagi dah , memang dah nak habis satu bulan pun . Tak mengapa , better late than never .


Baru kembali dari Penang , memenuhi jemputan perkahwinan seorang kawan sekolah . Sangat menarik kerana selepas ambil resul pada tahun 2006 , tak pernah jumpa semua sahabat sekolah until yesterday . Hampir 6 tahun tak jumpa . Amazingly , girls almost tak berubah . Sama saja . Tapi sahabat-sahabat lelaki , mashaAllah , besar-besar belaka dan pada saat itu tertubuhnya satu kelab iaitu PPKD = persatuan perut ke depan ! lols .

Anyway , kalau nak ditulis suka duka 1432/2011 , memang pages la nanti entry ini . Biarlah semuanya terpahat dalam journal =) .


Ketika drive dari Kuala Perlis ( konvoi ramai-ramai ) , dalam kereta tu saya seorang saja lelaki dan yang selalu drive ke Penang . Maka diberi tugasan untuk bawa 4 anak dara orang pergi dan balik dengan selamat . Sumpah cuak . Tapi , the moment pegang stereng kereta itu dan memanjatkan doa perjalanan dan musafir , satu harapan yang lagi besar untuk menjaga perjalanan kami semua telah meringankan bebanan perasaan pada waktu itu .

Lots of stories yang dikenang balik setelah 6 tahun tak jumpa , banyak membantu untuk mehilangkan rasa letih dan mengantuk ketika drive pergi dan balik . Best , memang la best kan . Tapi bila sepanjang jalan tu , terfikir , dah 2 tahun mengenali jalan tarbiyyah ini , namun dah berapa banyak sumbangan yang telah dikerahkan dari tubuh badan dan minda ini ? hanya tuhan yang tahu .


Dan sepanjang bersembang dan berkongsi kisah dengan sahabat-sahabat , menyedarkan saya yang , walau jalan apa yang kita pilih , success akan berada disitu . It's just how we deal with opportunities yang ada di depan mata . Ada yang sudah jadi engineer , senior executive di BNM , manager kuari , yes .. 23 tahun umur mereka , bahkan yang jadi lecturer .


" When one door closes , another opens , but we often look so long so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us "


Kebanyakkan sahabat-sahabat yang berjaya sekarang , mereka tak perlukan pun straight A's SPM , tak perlu pun pergi ke UK untuk study . It's just sabar dan peluang yang terhidang hasil daripada usaha keras .

Lots of priceless lessons that I have gained from them yesterday . Definitely priceless . It's better than sitting on a chair watching all the motivational videos on utube ! because there are truly awesome friends with superb experiences ! =) thanks guys ! and Tahniah kepada Azie ! ( ramai yang frust , xpe , she got a good husband by her side . )



::Short one #4 : What is your message ? ::

Masa tinggal dalam seminggu lebih lagi untuk berfoya-foya dirumah . Memang benar masa akan pantas berlalu kalau kita terlalu asyik buat apa yang kita suka dan kita akan terasa sungguh lambat kalau kita buat something yang kita tak suka seperti , belajar sejarah time double period dulu kat sekolah =)


Okay , cut off the craps . Pernah tak terfikir bahawa kadang-kadang kita nak dunia atau masyarakat tahu apa yang kita rasa ? . Kita mahukan orang mendengar apa yang kita nak sampaikan ?


Kita kena mula mencari apa mesej kita kepada dunia . Hidup yang Tuhan kurniakan tak lama , setiap hari kita baca berita ada saja kematian yang tak disangka-sangka . Sungguh , orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia menghadapinya .


The key point is bersedia menghadapinya .

Secara umumnya , bila kita bercakap tentang mesej . Mampukah kita jadikan mesej itu sebagai imej kita ? . Contoh , kalau kita memperjuangkan nasib Palestine sehinggakan sudah terpahat di wajah kita 'I'm a palestinian' . Sampai ke tahap itu sekali barulah dunia akan dengar mesej kita .

Be the message that you want to deliver to this world . life is too short to play small afterall .

::Head Protector ! =) ::




Pemikiran kita merupakan satu aset yang amat penting terutamnya dalam keadaan dunia sekarang ni yang penuh dengan 'craps' . Setiap hari kalau buka TV3 tu , samada berita politik yang entah apa-apa atau berita rasuah sana sini dan dadah sana sini . Sebenarnya , otak kita akan register apa saja yang masuk ke dalam tru mata dan kalau pagi petang siang malam asyik kena sumbat dengan perkara-perkara negative , alamtnya lama-lama negative charge la otak =) .

Kuasa TV

TV mengikut seorang editor sebuah majalah mempunyai pengaruh yang paling kuat . Kenapa ? cuba perhatikan , hampir setiap perkara diruang tamu tu kita susun ikut kedudukan tv . Kalau duduk tengok tv , kita kelilingi tv dan itulah satu-satunya pintu kita kepada dunia luar . Jadi media akan gunakan satu-satunye peluang untuk kita lihat dunia luar tu dengan menyumbat perkara-perkara yang bukannya tak perlu tetapi kadang-kadang terlalu memburukkan minda .

Nafsu Vs Iman

Saya suka untuk membawa satu anologi , nafsu dan iman kedua-dua ada di dalam kita . Namun kenapa kita hairan ada orang yang seolah-olah tak ada iman langsung . Setiap harinya bermula dari pagi sehingga tidur hanya mengikur hawa nafsu . Kenapa? . Senang cerita macam ni , pihak atau bahagian mana yang kita bagi makan lebih , yang tu akan guide kita .

Sumbat nafsu makan tiap-tiap masa , dia la yang menang ye dak ?
Bagi santapan rohani , of course kita akan di bimbing dengan keimanan

Kesimpulannya , choose what we do on daily basis . Ia samada akan bagi makan benda bagus kat otak dan hati kita atau sebaliknya . Tak ada yang tengah-tengah .


Buang saja !

Ya , kick out saja all those negative thought tu . Kalau tak mula buang , ia akan jadi seperti cancer cell la . Bila dah last minutes , peratusan untuk buang tu dah hampir hilang . So , better treat than cure kan ? . Treat our negative thought symptoms . How ? . Feed your mind . Bagi minda dan hati anda makan benda-benda yang patut . Banyak lagi cerita-cerita yang membina jati diri dan iman kat luar tu daripada asyik-asyik cari gossip itu dan ini ( zaassss kat diri sendiri juga)


Pelan-pelan

Tak perlu la nak all out terus , benda yang mengejut tak tahan laman . Sikit-sikit buat sesuatu benda , one step at a time . Tuhan suka kalau kita istiqamah dan bukan buat sekali dalam kuantiti yang banyak lepas tu terus tak buat dah tunggu next month pula . Tak .


So what's plan for today ?

Pick up something new to read ! yeay ! tinggal lagi 2 minggu sebelum 2011 chow dan saya sure yang nanti ramai akan mula tulis mengenai azam tahun baru ! well , it will be the same if we don't act towards it ! =) wallahua'lam ..

Short one#3 : Apa yang kita buat ?

Ungkapan ini menarik perhatian saya ketika terbaca satu artikel tentang manusia yang membina KODAK company :

“What we do during our working hours determines what we have; what we do in our leisure hours determines what we are.”


Orang dulu-dulu , hebat bukan sebab genius sangat pun tapi sebab determination mereka dan fokus mereka dalam melakukan sesuatu perkara amat tinggi . Saya terbaca satu artikel di laman web Succes magazine mengenai time wasting . Mungkin mereka buat survey or kajian bila mana disenaraikan beberapa perkara yang merupakan time waster masa kini :

Time-Wasters

  • Talking too long on the phone
  • Too frequently browsing social media sites
  • Incessantly preparing and not taking action
  • Failing to say no to unrelated tasks
  • Failing to ask for help or follow directions
  • Waiting until late in the day to do tasks
  • Having a disorganized office
  • Focusing on smaller, less important tasks
Dan action makers

Action-Makers

  • Schedule phone calls with end times when possible
  • Set a time limit for non-task-related Internet browsing
  • Map or outline your most pressing task
  • Make a short daily to-do list and say no to tasks not on that list
  • Set deadlines and alarms for you to complete tasks
  • Close your Internet browser or unrelated windows to avoid distraction
  • Set your Chat status to “Busy” or go offline
  • Place your phone on “Do Not Disturb”
Menarik kan ? sebab memang direct hit ! lols =p


:: 1st recognition ::



Sepatutnya , tindakan ini dah lama diambil oleh badan dunia ni . UNESCO atau United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization merupakan pertubuhan yang telah disekat funding oleh the States disebabkan tindakan mereka untuk mengiktiraf Palestine . Memang tidak dinafikan pertubuhan dunia seperti UN sebenarnya bukan satu pertubuhan yang adil . Ianya dikawal oleh beberapa shadow hands di belakang tabir .


Namun , sebagai golongan yang bijak , tak seharusnya kita jatuh ke perangkap mereka . Kalau tak boleh menang dengan cara A , we still have B , C and so on . Usaha tetap usaha . Seperti yang saya katakan sebelum ini , benda ciptaan manusia yang kecil iaitu zip ( zipper ) walaupun ianya kecil tapi kegunaan dan manfaatnya besar . Jadikan prinsip kita seperti itu , walaupun sekecil-kecil usaha dengan hanya mengambil tahu apa yang terjadi di setiap kali kita 0n9 dan sebar-sebarkan kepada orang lain , inshaAllah amat bermakna =)

ok , berbalik kepada isu recognition dari UNESCO tadi , walaupun kepimpinan Abbas pada satu-satu masa banyak kali dipertikaikan , namun pada pandangan saya tidaklah beliau suka melihat tanah Palestine jatuh ke tangan Israel seperti mana orang lain juga . Cumanya, methode beliau mungkin berbeza dengan pendekatan yang di bawa oleh Gerakan Hammas .


Sekecil-kecil usaha beliau atau mungkin nampak seolah-olah menemui jalan buntu , tidak harus diperlekehkan .


Dunia sekarang sudah bijak dan tidak takut lagi dengan the States mahupun Israel . Kuasa sekarang bukan di tangan mereka . Sebesar dan sehebat mana pun mereka , krisis ekonomi suatu hari nanti pasti membawa mereka tersembam ke bumi makan pasir . Bila mana saya mengatakan the states disini , merujuk kepada pimpinan-pimpinan mereka yang zalim , bukan 100% kepada rakyatnya . Ini kerana , sebenci-benci kita kepada kezaliman yang mereka lakukan , ada juga rakyat mereka yang merasakan perkara yang sama . Bukan semua citizen of The States kejam macam pimpinan zalim mereka . Tapi kita kena ingat , kalauu The States jatuh sebab krisis ekonomi , Malaysia juga akan follow the step maybe .

Dunia Islam pada masa kini juga mesti lebih berani . Malaysia dulu suatu ketika dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir cukup lantang membantah Zionist .

Sehinggakna pada satu perjumpaan OIC , Tun Mahathir dikecam seluruh dunia apabila mengeluarkan statement berani mati dengan mengutuk Israel dan Eropah secara terang-terang di perjumpaan itu .

" I was just stating the fact , we can't say anything about you but you always called us with labels " - Tun Mahathir dalam temu ramah hard talk di BBC

Berani , inilah tokoh pimpinan yang kita cari-cari . Walaupun banyak juga 'kezaliman' beliau , tapi dalam isu global seperti ini , kita harus memberi sokongan .

Jadi apa peranan anda sebagai pelajar ? guru ? engineer ? Dr ? - find your purpose of life -



wallahua'lam ..

:: dengan siapa kita bersaing ? ::


‎:: There is nothing noble in being superior to another person , true

nobility lies in being superior to your former self :: The only

competition is against who you once were ::

Ayat yang sungguh bermakna . Tak ramai manusia didunia ini sedar bahawa tiada guna kita bersaing lebih-lebih dengan orang lain . To overcome our former self itu yang terbaik sebenarnya . Cuba tengok diri anda dalam cermin dan review , how much have you evolved ? in a good or bad way ?


Kadang-kadang kita terlalu sibuk untuk bersaing sehingga lupa untuk upgrade diri sendiri . Dalam keadaan yang super mencabar sekarang , kita tidak boleh menghadapi dunia pada esok hari dengan kebolehan yang sama pada hari ini . Kita kena upgrade dari masa ke masa , hari ini mesti lebih baik dari semalam =) . Just look at all the great peoples before us , how much they increased their ability just to face all the challenges .

Tidak dinafikan , positifnya untuk bersaing sesama sendiri . Namun pada pandangan saya mungkin kuasanya tidak sehebat atau kesannya tidak kekal seperti mana kita mengatasi diri sendiri . Latihan seorang atlet boleh kita ambil sebagai contoh terbaik , makin hari makin hebat latihannya , makin ganas jadualnya . Malaysia tak mampu kekalkan pingat emas bola sukan sea kalau tak trainning jauh-jauh .

Training seperti itulah yang telah upgrade their ability . Jadi kita boleh train diri samada dari segi fizikal atau mental untuk evolved dari satu level kepada level yang lebih tinggi . Kalau nak jadi hebat , we have to act . Memang tak kan maju kalau hanya berangan dalam kepala otak , well done is always better than well said kan ?=)


Macam mana nak measure ?

Gang-gang usroh hebat dalam bub measure ni . Mutabaah amal , itu and ini selalu ada dalam usroh . Senang cerita , measured by our own terms . Define our own success by our own terms . Ramai manusia yang hidup dalam kerangkan kehidupan jirannya , sahabatnya , or bapanya . Secara teknikalnya , kalau kita tak measure maka tak tahu la which parts yang nak kena improve kan ?

Things that are measured , get improved - as simple as that

Sampai bila kita nak hidup dengan penyesalan sepanjang masa kan ? wallahua'lam

song of the day =)






:: Short one#2 : Sekecil-kecil perkara ::



Penciptaan zipper atau lebih kita kenali dengan term zip telah banyak mengubah landskap dunia . Percaya atau tak ? bayangkan bagaimana NASA mahu menghantar angkasawan kalau zip tak dicipta ? sehebat pakaian angkasawan tu masih bergantung kepada zip untuk flexibility serta mewujudkan vakum .

Kecil ? tapi sangat signifikan

Sebenarnya , perkara yanng kecil tu yang lebih signifikan . Cara kita mengemas meja study kita menentukan cara kita handle meeting kita . Cara kita menyediakan makanan kita di dapur mencerminkan cara kita menyediakan nota study kita . It is the small things that are actually matters .

Dalam hubungan sesama manusia pun , perkara-perkara kecil sebenarnya yang lebih bermakna.Kadang-kadang kita tak minta orang untuk bagi masa dan perhatian kepada kita . Kadang-kadang ucapan terimas kasih , tahniah , good job itu yang lebih bermakna daripada hadiah-hadia yang mahal-mahal =) wallahua'lam


video of the day :






:: Usrah yang baik , bagaimana ?::


Ini merupakan hanya pandangan peribadi saya selama beberapa tahun mengikuti sistem usroh . Saya selalu memikirkan , apa itu usroh yang baik sebenarnya ? Faktor apa ang menjadikan osroh bagai something yang tidak boleh tak ada dalam satu minggu . Mesti ber-usroh kalau tak , tak senang duduk . Amboi , macam hyperbola pula penjelasannya kan .

pengisian yang best , dapat makan free , dapat pi jalan-jalan ramai . Semua itu pernah dirasai dan pernah juga menjadi sebab kenapa sangat suka ke usroh . Tapi , saya pasti itu bukan matlamat utama usroh diadakan .

Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku dari seorang tokoh pendidik barat mengenai Brain Based learning . Iaitu mengetahui bagaimana otak manusia berfungsi dan mempengaruhi daya/kemampuan belajar seseorang . Banyak benda baru yang saya pelajari , walaupun tidak pernah mengambil subjek Biologi , tapi 'memaksa' diri untuk menyelak chapter-chapter yang ada dalam buku ini .


Manusia akan lebih berfungsi dengan baik dalam keadaan tiada threat / tidak stress . Itulah antara hasil kajian yang dilakukan oleh penulis ini . Dan ini akan mempengaruhi daya pembelajaran dan kemahuan untuk belajar seseorang insan .

Saya join 2 usroh pada suatu ketika dahulu dan secara tidak langsung membuat perbandingan . Pada pandangan peribadi saya , walaupun salah satu usroh itu kadangkala mengambil masa sampai 3 jam tapi masih seoronok untuk duduk dan berbicara . Kenapakah ? sedangkan limitation untuk sesuatu pembelajaran jauh lebih rendah dari tempoh masa tu .

Inilah yang dikatakan Eustress atau positive stress . Disaat adrenaline dilepaskan , ketika merasakan kita mampu push to the limit .

Terdapat beberapa faktor secara ringkasnya boleh saya katakan kenapa atau apa yang membuatkan sesuatu usroh itu seronok :

1.Personal touch . Kadangkala , bila mana kita datang usroh yang selalunya berlangsung lepas magrib , kita datang dengan hati dan fikiran yang bercelaru . Stress out , burn out , penat , pening semua ada la . Kelas yang back to back dan exams yang bagai gunung dihempas ke kepala . Pada masa inilah , personal touch yang diperlukan seperti ruang untuk kita release tu wujud . Kalau kita datang usroh , naqib pun muka ketat , asyik nak review mutabaah amal dan komen itu ini , for sure next usroh kita akan rasa berat untuk datang . Pentingnya bijaksana nuqaba' dalam hal ini .

2.Hubungan yang positive . Ini saya akui , memang banyak mengubah hidup saya . Walaupun saya sudah memilih satu sahaja , tetapi kesan dari hubungan yang terjalin dengan usroh yang satu lagi itu masih ada . Kemanisan ukhuwwah dan sebagaimanya . Siapa kata ukhuwwah tidak penting ? mungkin bagi orang yang mementingkan pengisian sahaja . Bagi saya , dia lebih mementingkan diri daripada pengisian tersebut . Ada juga yang memperlekehkan elemen ini , kata mereka tidak penting semua itu . Trust me , you will need all the support that you have to face the society . Manusia akan suka apabila dia diberikan ruang untuk berbicara . Manusia akan suka apabila dia diberikan ruang untuuk memilih . Bijaksanalah wahai para nuqaba' , anda bukan membimbing robot , tapi insan yang penuh ragam dan complicated .

3.Safety . Apa yang saya maksudkan disini ialah , keselesaan dan tiada ketegangan . Ini lebih kepada soal emosi . Ada orang yang tidak suka kepada usroh bukan kerana usroh itu sendiri , tetapi kerana sikap nuqaba' . Kadang-kadang nuqaba' terlalu strict dan keras dalam berbicara . Mungkin tidak menampakkan kesan yang jelas pada mulanya . Namun kita boleh lihat once sudah beberapa minggu usroh . Bijaksanalah wahai nuqaba' !

Maybe ada banyak lagi faktor , namun tak guna bincang banyak jika tiada apa kesan . Again , ini hanya pandangan perbadi saya . Lain orang , lain ragam dan lain pandangan . Wallahua'lam =)







:: Responsibility VS Ability ::


Jam menunjukkan 445 pagi . Terpacak saya depan laptop ini kerana tak boleh tidur . It's not a sleeping disorder , just wan to make it as a habit to get up early =) .

Menjadi seorang graduan yang pulang dari ovec memang terasa agak berat beban di bahu . "kami kena potong duit cukai bayaq kat hampa" kata-kata dari seorang pensyarah yang memang tak akan saya lupa . Kadang-kadang terasa seperti orang asing berada di tanah air sendiri . Saya faham apa expectation mereka semua . Duit dibelanjankan kepada setiap seorang sangat banyak . Daripada kiraan yang dilakukan oleh seorang pensyarah , jumlah yang diperlukan untuk support seorang pelajar ke luar negara untuk program ijazah 3 tahun mencecah 7 kali ganda jumlah yang diperlukan untuk menanggung perbelanjaan seorang pelajar di tanah air .


Jada apa pengertian ini ? maksudnya seorang graduan yang pulang dari luar negara seharusnya mempunyai kebolehan/keupayaan sebanyak 7 kali ganda dari graduan dalam negara .

Besar kan beban ? itulah yang saya maksudkan dengan responsibility vs ability . Tanggungjawab yang terpikul besar . Namun adakah 'kita' punya kebolehan itu . Bukan senang untuk sentiasa perform 7 kali ganda daripada orang lain . Kita pun manusia biasa yang selalu buat salah dan silap juga kan .

Jadi , kepada bakal-bakal graduan di luar negara , jaga-jaga la anda . Siap siagalah untuk memberi khidmat 7 kali ganda lebih hebat dari graduan dalam negara . Jika tidak , sia-sia sahaja duit rakyat terhadap kita semua . Besar tanggungjawab tu . Memang tidak boleh dinafikan , mereka yang pulang dari overseas akan dipandang 'tinggi' untuk berkhidmat dengan cemerlang dalam sektor awam ( since I'm a gov officer ) .

Baru-baru ini kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian untuk membuka peluang kepada private sektor agar mereka boleh memohon untuk JUSA dan Turus . Ini seolah-olah mahu menidakkan kebolehan yang dimiliki oleh muda-mudi yang berada dalam sektor awam .

Term 'Program Pelajar Cemerlang' yang terpahat pada surat tawaran kemasukkan ke IPG terus menghantui kami . Bukan senang untuk berhadapan dengan masyarakat di kampus itu . Namun kami cuba sedaya upaya untuk mengambil tekanan itu dengan positif . Kebanyakkan pensyarah pula memberi sokongan yang kuat dan baik .

Akan dipastikan , investment terhadap kami tidak akan sia-sia . 7 kali ganda perkhidmatan akan diberikan . Namun , untuk memberi 7 kali ganda memerlukan kepada persediaan dalaman yang sangat kuat . Dunia luaran kita tidak akan jadi lebih hebat dari dunia dalaman .Kalau inside tak kuat , luar akan turut lemah .Jadi kena pastikan dalaman kuat untuk berhadapan dengan cabaran ini .


Saya selalu terfikir , what does it takes to be a Prime Minister ? . Dengan jadual yang sibuk . Kejap ada disana , disini , jumpa dengan delegasi-delegasi negara lain , selesaikan masalah negara , mungkin dalam tidur pun mimpi akan masalah negara . Sedangkan dia hanya manusia biasa . Mungkin habit yang dimilikinya adalah luar biasa ? . Makin besar jawatan - makin besar tanggungjawab - makin besar kebolehan diperlukan =) .


Kebolehan boleh dibentuk . Kebanyakkan mereka yang hebat bukan hanya sebab there are gifted. Mereka berkerja keras untuk itu . Bukan mahu mengejar dunia , bukan juga mahu mengejar harta . Tetapi kita membincangkan soal amanah rakyat , duit rakyat , dimana kelak kita akan dipersoal kat akhirat kelak . Wallahua'lam ..





:: Mengeluarkan positive energy ! ::



Azan subuh masih belum berkumandang , saya mencuri sedikit masa untuk update laman ni . Kadang-kadang , bila kita tengok seseorang yang sentiasa positif , senyum dan nampak sihat selalu tentu membuatkan kita pun terasa seperti gembira dan bertenaga .

Bila kita positif , nescaya orang lain yang berada dalam kawasan 'energy' pun akan terasa positif . Cuba bayangkan , kita stress , murung , tension , 'muka ketat' . Confirm tak siapa mahu bertanya lebih , semua rasa nak get a way dari kita . Tambahann pula ianya satu situasi yang kurang baik . Kita mahukan apa yang kita berikan kepada orang lain positif belaka .

Cumanya , biasa la sebagai seorang manusia kadangkala tiba masa-masa akan terasa down dan kecewa , penat dan segala-galanya yang mungkin untuk merosakkan mood seorang manusia . Saya secara personalnya cuba elak untuk jatuh ke zone itu . Kadang-kadang tindakah kawan kita yang kecil saja seperti tak reply mesej di FB ( contoh ) pun boleh rosakkan mood apatah lagi hubungan sesama saudara .

Namun saya punya kuasa untuk memilih 'my reaction' , what kind of energy to release dan saya rasa yang terbaik ialah just let the moment pass . Sebab banyak tugasan sebagai seorang guru yang berdepan dengan masyarakat memerlukan kepada pengawalan emosi yang stabil . Kita mahu memberi yang terbaik kepada mereka . Seorang dai'e juga mestilah mempunyai tahap emosi yang stabil .

Emosi kita sangat berkait rapat dengan who we are . So don't let it control you , you are the CEO of your life after all .


Rasulullah saw seorang yang sangat hebat mengawal dirinya . Sahabat-sahabat baginda juga banyak yang berubah setelah mengenali Islam . wallahua'lam .


Dikala pagi yang hening =)





:: Mencari sebab di sebalik satu penulisan ::



Sesiapa pun boleh menulis . Tagline yang benar pada masa kini . Semuanya mudah , blog pun free , FB pun boleh buat notes , twitter boleh twit-twit . Tapi untuk apa ? untuk apa kita menulis ? . Ini soalan yang tiada juga skema jawapan . Ada orang menulis untuk share , ada yang menjadikan blog atau website sebagai tempat luahan isi hati dan macam-macam lagi .


Untuk apa saya menulis ? -satu soalan yang banyak jawapan =)


Memang diakui secara jujurnya , saya bukan seorang penulis yang baik . Penulis yang baik pada definisi saya ialah mereka yang mampu menyentuh hati para pembaca dan I'm definitely not one of them . Tapi tidak mengapa , kerana mungkin tujuan saya bukan ke arah itu . Tertarik hati tatkala membaca hasil-hasil tulisan/ucapan Imam Hassan Al-Banna . Bukanlah menjadi fanatik kepada tokoh ini cumanya ucapannya yang diterjemahkan menjadi tulisan memang berjaya menyentuh hati .


Ayat yang berbunga . Itu kebanyakkan persamaan yang boleh dilihat pada penulis masa kini . Menarik , kerana ayat-ayat berbunga yang saya maksudkan ialah ayat-ayat yang cantik . Indah benar bahasa yang digunakan .

Tetapi , penulis semakin ramai . Masing-masing mengeluarkan novel , cerpen dan macam-macam lagi . Namun nak mencari penganti kepada legend-legend yang dahulu sukar sekali . Kebanyakkan penulisan sekarang berkisar kepada kisah-kisah cinta yang bukan-bukan ( kerana ada penulisan yang sangat baik tentang cinta ) , sukar sekali ditemui satu hasil yang mampu berdiri teguh setanding dengan La Tahzan sebagai contoh .

Tak cukup bakat ? tidak , sebab hasil-hasil penulisan kisah-kisah cinta cukup cantik sekali membuktikan bakat yang melimpah ruah .

Itu apa yang saya perhatikan secara umumnya . Kemana perginya hasil-hasil penulisan muda reamaja kita yang hebat-hebat ? bakat di luar sana cukup banyak . Mampukah kita mengubah masyarakat dengan penulisan ?

Jadi apa tujuan disebalik penulisan ?

Dakwah ,

Lepas perasaan ,

Kongsi ,

Itu antara tujuan yang sering didengari . Bagi saya , menulis adalah tempat untuk saya rehat . Tak semestinya sesuatu penulisan itu hebat , mantap dan terkenal . Cukuplah sekadar ianya mampu menjadi RnR ( rest and recharge ) . Pernah membaca satu statement yang berbunyi


" Writing things down deepen commitment "


Prinsipnya senang saja , biar apa pun tujuan kita .. make sure dapat jadi saham di sana kelak =) wallahua'lam ..




Short one#1 : Utamanya solat subuh dan isya' berjemaah



Berikut merupakan petikan daripada satu hadis yang agak panjang :

Dari Abu Hurairah ra , sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :

" ..... Dan seandainya mereka mengetahui pahala yang terdapat dalam shalat isya' dan subuh secara berjama'ah , niscaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak"
(Muttafaq alaih)


Pertamanya , hadis ini merupakan potongan dari satu hadis yang panjang yang menerangkan keutamaan azan dan saf pertama dan di akhirnya mengenai keutamaan solat isya' dan subuh berjemaaah.Hati berasa sungguh berat apabila mulut berbicara mengenai perjuangan agama tetapi untuk beristiqamah dengan hadis diatas pun kadang-kadang terasa sukar.

Suatu ketika dahulu , dikala masukknya waktu solat sudah pasti akan mendapat panggilan telefon atau ketukan di pintu bilik mengajak bersama berjemaah di masjid .

Adakah sebab ajakan sahabat saya punya kekuatan untuk berjalan membelah 'bayu' sejuk di Manchester untuk ke masjid sedangkan saya boleh berjemaah di rumah sahaja? mungkin juga , mungkin tidak , biarlah tersimpan dalam hati =p

selamat beramal ! =)








One Step 4ward =)



Berani post gambar ? tak apa , tak dak sapa pun baca blog ni =p :











Adat warisan yang menarik . tambah pula bila berbunga-bunga ayat nak memulakan bicara tu . kalau ikut adat negeri saya , I was not supposed to be in the discussion , tapi yesterday I was there . Orang tua punya bicara memang menunjukkan pengalaman mereka yang penuh hikmah. Apa-apa pun , Alhamdulillah =) hopefully urusan selepas ini pun dipermudahkan !

This is one of my favourite song ! :



Kita Pemuda



" Ada pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yang mantap dan kemajuaannya melimpah ruah . Pemuda yang lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri sendiri lebih daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yang tenang dan selesa "-IHAB


Itulah kata-kata yang diucapkan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna kepada para pemuda . Beliau merupakan seorang yang mempunyai akal fikiran yang hebat . Insan biasa yang merupakan seorang guru mampu mengerunkan para pemimpin politik di barat sehingga akhirnya beliau dibunuh syahid ditangan orang-orang politik yang kejam .

Cabaran besar menjadi seorang pemuda kepada satu gerakan pada masa kini . Kerana pemuda merupakan penentu kepada masa depan organisasi tersebut . Jika hebat pemudanya , satu hari nanti hebat juga gerakan itu . Jika hancur pemudanya , maka tunggu masa untuk hancur pula gerakannya .

Tambahan pula jika sesuatu gerakan itu adalah berbeza dengan haluan kepimpinan negaranya . Ada juga yang mahu sama-sama membawa ideologi yang sama , tetapi ketidakfahaman yang terjadi dalam kalangan grass root cukup merungsingkan . Kenapa saya berkata demikian ? ini hasil pemerhatian saya sepanjang berada di suatu tempat ( baru 3 bulan berada disana ) . Golongan atasan tiada masalah untuk saling memahami , tapi ianya terjadi dalam golongan grass root .

Isunya kadangkala sangat remeh . Tetapi reaction yang ditunjukkan boleh membawa fitnah . Kita mempunyai tujuan yang sama . Matlamat yang sama . Jalan yang berbeza bukanlah penghalang untuk kita saling memahami dan bekerjasama . Sikap terbuka sepatutnya lebih kita amalkan . Kita terlalu rigid sehinggakan tidak mahu membincangkan sama sendiri . Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing . Tapi mungkin kalau kita duduk dan berdiskusi mengenai apa tindakan bersama yang kita boleh lakukan , kita akan dapat lihat satu perubahan kelak ?

Tulisan ini hanyalah cetusan rasa setelah bertahun ( masih muda dalam perjuangan ini ) memerhatikan . Masing-masing tidak mahu keluar dari comfort zone . Comfort zone dengan prinsip "engkau buat kerja kau , kami buat kerja kami " . Bagaimana agaknya masa depan peruangan ini jikalau kita di peringkat grass root tidak mampu mengamalkan sikap keterbukaan seperti mana yang diamalkan oleh pimpinan atasan ? ..