Rehat Sebentar :: Refreshing



Tak mungkin anda terlalu sibuk memandu sehinggakan tidak ada masa untuk berhenti mengisi minyak


1.Satu quotation yang amat menarik . Benar . Ada orang yang mengatakan mereka tiada masa untuk rehat kerana terlalu sibuk . Ada juga yang mengatakan rehat sebenar hanya pabila ajal menjelma ( benar juga ) . Disini erti kata rehat bukanlah bermaksud berhenti terus daripada melakukan sebarang pekerjaan dan hanya membuang masa tak tentu hala .

2.Rehat dalam erti kata refresh . Saya ada melakukan sedikit pembacaan hasil penulisan Eric Jensen mengenai Brain-Based Learning . Dia mengatakan bahawa , melalui kajian yang dilakukan keatas kebolehan fokus otak manusia , tempoh atau cycle yang terbaik untuk melakukan sesuatu kerja atau fokus adalah selama 90 minit . Dan untuk mengembalikan fokus , perlu kepada rehat/refresh sebentar .

3.Saya pun pernah mengalami beberapa ketika dimana terasa Manchester adalah satu tempat yang sesak untuk bernafas . Tempat yang tiada siapa pun dapat bantu meringankan beban kerja dan stress yang dialami . Maka mengambil keputusan untuk out sebentar ke kawasan lain dan terbukti berjaya . Kembali ke Manchester dalam keadaan yang recharge =) .

4.Strategi ini sangat penting , terutamanya kepada mereka yang melibatkan diri dalam bidang pekerjaan yang melibatkan interaksi sesama manusia . Usroh , tamrin , daurah dan kepimpinan organisasi memang satu perkara yang mencabar jiwa dan raga ( sudah merasainya ) . Tapi jangan biarkan tekanan yang wujud tu menjadi penyebab untuk kurangkan produktiviti atau turunnya kualiti kerja kita . We have the power to choose .

5.Sesibuk mana pun kita , ada lagi yang lebih sibuk . Sesakit mana pun kita , ada lagi yang lebih sakit . Take your time to recharge your energy =) you can come back with full throttle !





BACK-TO-THE-FUTURE !


1.Berapa banyak diantara kita yang pernah/selalu menyesal apabila terkenangkan kehidupan lampau mereka? - " aku sepatutnya buat macam itu .. aku sepatutnya study lebih kuat .. " - monolog dalaman seperti ini sudah pasti pernah menerjah fikiran kita bukan ?

2.Itulah manusia ,makhluk yang penuh dengan penyesalan . Bila direnungkan kembali , kenapa selalu kita menyesal ? . Mungkin kerana dalam setiap tindakan kita , kita tidak nampak dimana akhirnya atau apa end product yang akan kita hasilkan .Maka tindakan kita tu kadanga penuh dengan kelalaian dan tidak bersungguh-sungguh .

3.Contohnya , apakah kita betul-betul yakin dengan akhirat dan pembalasannya? kalau ya , kenapa tindakan kita seolah-olah tidak akui hakikat wujudnya akhirat ? . Inilah salah satu contoh dimana kita tidak tahu end product kita . Kita tidak tahu ending kita dimana dan bagaimana atau mungkin kita kurang percaya . Kerana tindakan kita bergantung kepada apa yang kita percaya.

4.Berbalik kepada persoalan penyesalan , saya suka mengambil satu analogi dimana kita putarkan kembali zaman . Mari kembali ke zaman persekolahan , dimana saya sebagai seorang pelajar tingkatan 5 yang sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan . Sudah pasti , jika saya mengetahui masa hadapan , saya mampu melakukan persediaan yang lebih dan sudah pasti jika diberi peluang sekali lagi , mahu saya mengulangi zaman itu seperti mana manusia yang meminta untuk dikembalikan ke Bumi walaupun sesaat untuk beramal .

5.Jikalau diberi peluang untuk kembali ke zaman itu , sudah pasti banyak perkara mahu diubah . Ini kerana saya telah berada di masa hadapan dan sudah nampak salah dan silap saya suatu ketika dahulu . Tetapi , mustahil ada peluang sedemikian . Ringkasnya , kita tidak mampu secara fizikalnya untuk kembali ke masa lampau mahupun masa hadapan . Tetapi secara mentalnya kita boleh .

6.Future mind set , itulah yang saya cuba lakukan dimana saya meletakkan minda saya beberapa tahun ke hadapan . Mungkin pada saat itu saya akan menyesali kerana tidak melakukan sesuatu yang berfaedah pada saat ini , maka secara tidak langsung , saya boleh mengubah/memastikan penyesalan itu tidak berlaku dengan mengubah masa sekarang.

7. Ini terbukti akan berjaya kerana , dahulunya kita merasakan SPM Add Math mungkin agak sukar , tetapi tidak lagi sekarang kerana minda dan keupayaan kita telah banyak meningkat . It's all about discovering the power of our mind .

8. Let's discover the true power of our mind and soul ! =)


Lagu untuk hari ini :







BANGUN AWAL



1.Salah satu agenda yang baik tapi amat sukar dilakukan . Bangun awal . Ni bukan soal bangun pada waktu subuh pada jam 6.30 pagi , tapi pada jam 4-5 pagi . Pada mulanya , saya pun tak pasti apa kebaikannya . Tapi ini adalah salah satu rahsia kehebatan generasi lampau .

2.Mengikut kiraan , ada yang mengatakan mereka yang bangun awal akan ada lebihan masa dari orang lain . Tapi secara logiknya, kalau tidur jam 11 malam dan bangun sekitar 4,5 pagi akan memberikan jumlah tidur sebanyak 5,6 jam . Which is sama saja dengan mereka yang tidur 1,2 pagi dan bangun sekitar 6,7 pagi . Jadi dimana lebihnya ?

3.Hal ini tak kan mampu dijawab dengan logik akal . Ini adalah soal keberkatan masa . Secara jujurnya , bukan mahu mendabik dada , saya sudah merasai nikmat bangun awal sebelum subuh dan lebihan masa yang diperkatakan tu .

4.Susah la . Ya , memang agak sukar pada mulanya . Terpaksa berlawan dengan kehendak diri untuk tidur dengan katil yang best dan mimpi yang bersambung . Saya cuba amalkan dari hasil pembacaa saya terhadap sebuah buku yang ditulis oleh seorang lelaki yang biasa saja orangnya . Dia bukan seorang Islam . Tetapi dia merantau ke seluruh dunia untuk bantu orang lain mencapai hidup yang lebih bermakna .

5. Satu bulan , itu ialah tempoh yang patut diberikan untuk mencuba/set sesuatu perkara baru kedalam diri kita . Saya telah cuba dan so far , bukanlah menjadi masalah untuk menempuh kelas yang back to back di KPLI . In fact , i'm more energetic than those yang tidur extra hours .



6.Extra one hour yang dapat mestila dimanfaatkan sebaiknya . Sebab dalam seminggu , akan ada 7 jam extra dan dalam sebulan 30 jam extra . Of course , 30 jam tu lebih dari sehari extra dan kalau extra 2 jam sehari maka jumlah itu akan doubles . Banyak tu untuk dimanfaatkan dengan banyak perkara .

7.Imam Hassan Al-Banna berkata bahawa tanggungjawab yang kita miliki melebihi dari masa yang kita ada . Maka , bila mana kita mampu menambah masa yang kita ada .. inshaAllah dengan keberkatannya kita mampu mengalas tanggungjawab yang kita miliki.


Pernah terfikir tak what it takes to be a Prime Minister ? dalam keadaan banyak perkara perlu diselesaikan .. jumlah masa yang ada sama saja .. 24 jam sehari .. 365 hari setahun..



A_k_t_i_v_i_s di UK



1.Suatu ketika , pernah menjadi seorang aktivis sambilan di UK . Pernah turun untuk berdemo bersama-sama dengan locals . Isunya satu , PALESTINE ! . Palestine telah menghimpunkan ratusan orang di kota Manchester . Tak kenal warna kulit , tak kenal agama . Majoritinya hampir sama . Kristian , Islam dan Yahudi bersama-sama bersuara dengan satu laungan , VIVA PALESTINA .

2.Namun secara peribadinya , kumpulan masyarakat chinese jarang sekali ditemui di perarakan seperti ini . Bukan mahu menjadi racist , tapi seolah-olah mereka tidak ambil cakna apa yang sedang berlaku disekeliling mereka. Mungkin ada sebab yang lagi besar bagi mereka .Tidak mengapa , kerana di Malaysia semua kaum mengambil tahu apa yang sedang berlaku.


3.Peluang yang diberikan digunakan sebaiknya untuk merasai suasana sebenar perarakan membebaskan satu penjajahan . Saya cuba membayangkan suasana ketika zaman perjuangan kemerdekaan suatu ketika dahulu . Sudah tentu lagi padat laungan semangatnya ketika membela perjuangan tanah air sendiri . Tidak terbayang sebenarnya .

4.Terdetik juga , apa perasaan umat Palestine disaat mereka melihat sokongan pada ketika itu . Sudah pasti semangan berjuang mereka semakin membara tatkala melihat sokongan yang diberikan kepada mereka . Namun kadangkala , semua ini hanya menjadi musim . Dikala gempar di dada akhbar dan kaca tv mengenai kekejaman zionist , maka disaat itu baru kita mahu mengambil tahu apa yang terjadi .

5.Saya rindu saat-saat seperti ini di sana . Sekembalinya di tanah air , maka segala kehidupan seperti itu hampir lenyap . Hanya kemahuan dan iltizam yang kuat sahaja mampu mendorong dan mengembalikan semula semangat yang sama ketika waktu itu .



BACALAH !



1. Saya sangat suka lagu ni . Mungkin sebab dia reflect banyak benda dalam diri . Apa yang kau tahu? ya .. what do you know ?.. seems like too many peoples think that they are good because they know things that others don't.

2. I think lots of Rabbani and Raihan songs are awesome . Yes , awesome . Lagu-lagu yang membuatkan kita untuk banyak reflect what's going on inside of us . "Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan.." . Ayat ini yang diturunkan kepada Rasulullah saw dan baginda demam apabila mendapat tanggungjawab besar .

3.How many of us here today at this moment , yang bila mana diberikan/dibacakan ayat-ayat maka terasa berat dan takut ? of course not many , sebab kita tak faham pun apa yang dibacakan. Salah satu key point bagaimana generasi lampau menjadi begitu hebat , their relation with Allah .

4.Jadi , apa yang kita perlu buat ? jom letakkan satu semangat dimana mulai saat ini , detik ini , kita hayati ayat-ayat yang diturunkan sampai tahap apabila dibaca kepada kita maka bergetarlah hati-hati kita. Kita boleh lakukan selagi mana kita mahu lakukan . Selagi mana kita ikhlas lakukan . Generasi lampau telah berjaya , sekarang giliran kita pula =)

E-n-Ga-g-Ed


1.Dalam dilema , adakah patut di warwarkan ? atau tidak ? . Ikut hati tidak . Tapi ikut family pinta diwarwarkan . Entah . Memang betul dalam dilema.

2.Cukup bagi saya kalau hanya sekadar majlis kecil-kecilan . Sekadar mendapat berkat dan mengikut adat. Ada pula yang mempersoalkan , tak ke lama nanti pertunangan itu ?. It don't care . Apa bezanya hubungan orang yang belum bertunang dan sudah bertunang ? . Hanya perjanjian . Tetapi dari segi lain sama sahaja . Jadi kalau bertunang 3 tahun pun , still sama sahaja dengan kenal 3 tahun tanpa pertunangan secara adat .

3.Tapi mungkin saya selfish bunyinya , kerana tindakan saya tidak mampu memuaskan semua pihak . Dikala musim cuti yang penuh dengan invitation kawin dan tunang ini , sudah pasti akan timbul sedikit rasa iri hati si dia kepada mereka . Orang lain bukan main gah gembar gemburkan majlis mereka di laman muka buku dengan gambar-gambar yang cantik . Hanya satu kata yang mampu saya berikan . SABAR .

4.Jangan direndahkan martabat kita . Sungguh , kecantikan sesuatu hubungan bukan terletak pada mahalnya hantaran . Ia juga tak terletak pada gahnya persandingan . Bukan juga pada hebatnya gambaran . Tapi tingginya martabat itu terletak pada cantiknya keikhlasan .

5.Dah jiwang pula jadinya , cukuplah disini saja .. well .. this is my life =) bukan selalu post macam ni ..

THE POWER OF MEDIA


1.Sebagai rakyat Malaysia , ingin mengatakan bahawa saya sudah muak dengan media yang ada . Baik tv3 mahupun berita harian . Itu semua media kaki kipas . Jikalau gejala seperti ini dibiarkan beterusan , nescaya kalau diberi tempoh masa seratus tahun lagi pun , idea seperti wawasan 2020 tak akan tercapai .

2.Tun Mahathir seorang yang hebat , memang diakui kawan mahupun lawan . Saya sungguh kagum dengan gaya kepimpinan beliau yang selalu kelihatan rilek dan bersahaja ketika dihujani soalan-soalan dan ketika dalam perdebatan . Seorang pemimpin yang mempunyai visi yang jauh dan mantap .

3.Beliau pernah menceritakan bahawa sistem demokrasi yang ada di sini tidak semestinya sama dengan sistem yang dikenali oleh kepimpinan barat . Mungkin ada benarnya di kaca mata seorang yang telah lama dalam permainan ini , namun pada pandangan seorang yang masih mentah dan sungguh tidak tahu selok belok dunia politik , adakah dengan menguasai media dan menyebarkan propaganda membuktikan satu kemajuan telah dicapai setelah sekian lama bebas dari penjajah?

4.Kita mahu membentuk minda yang bebas berfikir . Bebas disini dengan erti kata ada garis panduannya baik dari segi akademik mahupun bukan . Tetapi , apa yang kita lihat apabila menonton Buletin Utama ? ya , kebaikan-kebaikan yang dilakukan , kebajikan yang dipamerkan . Tidak salah . Ini jelas menunjukkan ad usaha yang dilakukan . Sampai bila kita mahu menyumbat dan mengisi pemikiran rakyat kita dengan cara yang sebegini ? 50 tahun lalu , mungkin ianya sangat berkesan .

5.Seharusnya kita perlu berada pada satu tahap yang berbeza daripada ini . 54 tahun sepatutnya telah mengajar kita banyak perkara . Dimana silapnya dan bagaimana mengatasinya ?. Kemunculan media-media lain seperti Astro Awani yang lebih nampak neutral dalam penyampaiaannya adalah satu langkah yang baik . Saya bukan mahu satu media lain yang pro-pembangkang diwujudkan . Cukuplah sekadar satu medium penyampaiaan yang seimbang .

6.Jom mainkan peranan masing-masing . We can do something . inshaAllah .


RANDOM : Siapa Anda Di Dunia Ini ?

<iframe width="640" height="480" src="http://www.youtube.com/embed/E3dFuxrkQaQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>



Siapa anda didunia ini ? itulah persoalan yang terdetik bila menonton video-video seperti ini. Muhammad al-Fateh merupakan seorang pemuda yang hebat . Dalam usia lingkungan 20an dan sebagai Sultan kepada sebuah empayar beliau telah berjaya menakluki benteng lagenda Constantinople

Kisah-kisah seperti ini bukan hanya tinggalan sejarah yang menjadi bukti keagungan empayar Islam suatu ketika dahulu, tapi ini juga merupakan garis panduan kepada kita umat Islam masa kini. Sampai bila kita mahu berbangga dengan kehebatan mereka yang terdahulu dan hanya memperkatakan sahaja . Sebagai seorang pemuda/mudi , sepatutnya kita mengkaji bagaimana atau apa yang diperlukan untuk mereka menjadi seperti itu .


Kaji dan bertindak , bukan setakat berbangga sahaja . Mereka bukan superman , batman , ultraman yang ada power yang pelik . Manusia biasa yang mempunyai kepercayaan yang luar biasa. Itulah term yang sebaiknya yang boleh digunakan untuk golongan hebat ni . Kita akan bertindak berdasarkan apa yang kita percaya . Aqidah menjadi kunci kepada tindakan kita sebagai Muslim .

Peluang telah banyak tercipta didepan kita . Aku banyak mengenali orang-orang yang hebat-hebat disepanjang perjalanan sebagai pelajar diluar negara. Alangkah bagusnya jikalau mereka dapat pulang dan menjadi sumber semangat kepada masyarakat kita disini . Sungguh , tanah air lebih memerlukan mereka.

What have i done to this world ? mungkin itu satu persoalan yang terlalu besar untuk dijawab . Tapi zaman kanak-kanak dulu , tak siapa boleh mengatakan anda tidak mampu jika berhasrat untuk menjadi perdana menteri sekali pun . Besar hasrat tu , tapi potensi yang ada dalam diri pada masa tu yang belum lagi diketahui jauh lagi besar . So , tak kan nak stop disitu saja kan ? potensi dalam diri masih ada selagi hayat dikandung badan . I want to be something .

jadi apa yang perlu dilakukan ? mungkin lepas ini aku nak lebih banyak mengetahui tentang mereka yang hebat , yang telah dan akan menggoncang duni ni dan tidak lepas akan akhirat ..


.. suddenly thinking of using cikgu instead of aku .. tak pa .. tunggu setahun dua lagi =p






OPEN !

"Kita tak perlu bincang hal orang lain sangat , itu semua bicara kanak-kanak , visi kita lebih besar " Kata-
kata seperti ini memang betul.Tiada salah dimana-mana. Kita akan cuba mengekalkan keadaan selesa kita
atau dalam erti kata lainn kita mahu berada dalam zon selesa kita tanpa mahu keluar sedikit pun kerana
bagi kita konflik-konflik dan cabaran diluar adalah membuang masa dan boleh menghilangkan fokus kita.

Tanpa kita sedari , kita telah menutup pintu-pintu perkembangan. Kita telah tutup pintu-pintu kemajuan. Ini
kerana , sesuatu organisasi seharusnya mengambil kira juga pandangan luar kerana , dalam satu sistem
tiada yang terkecuali . Untuk mendapatkan sebutir nasi , banyak pihak yang terlibat daripada petani
sehingga kepada pekerja kilang beras . Apa yang nak cuba disampaikan disini ialah , kita tak boleh ignore
some of the component in a system .

Kalau satu gerakan mahu membentuk sebuah Daulah Islamiyyah sebagai contoh , adalah wajar untuk
mengambil kira pandangan dan peranan yang dimainkan oleh semua pihak. Tetapi hal ini kurang terjadi
dalam beberapa situasi sepanjang pengalaman saya yang singkat ini. Ini yang kita katakan zon selesa , kita
tidak mahu keluar dari zon tersebut kerana merasakan cabaran yang bakal dihadapi tidak membawa
kemajuan. Sehinggakan , jika ada perbincangan yang melibatkan hal-hal yang kononya sensitif kerana
berbeza pandangan , maka akan 'dipulau' serta merta perbincangan seperti itu . We need to expand our
comfort zone in order to make improvement . Wallahua'lam .


SHORT ONE#1 : REMOTE _OWN_LIFE

salam


" ala hari hujan laa .. xde mood " ucapan yang kadangkala kedengaran apabila sesuatu tidak menurut apa yang kita rancang. Namun , adakah itu satu sikap yang bijak ? membiarkan diri anda dikawal oleh persekitaran . Kadangkala kita terlalu membiarkan persekitaran dan perkara-perkara kecil membelenggu diri kita . Produktiviti kita bergantung kepada suasana . Mood kita bergantung kepada cuaca .

Maka tibalah masa untuk take control of our own life . Orang-orang yang hebat suatu masa dahulu dan masa kini  merupakan orang-orang yang mampu mengawal hidup mereka . Sebagai seorang Muslim , pada pandangan saya kita mempunyai satu mekanisme pengawasan diri yang paling sempurna . Setiap hari paling kurang 17 kali kita melafazkan " hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan " . Sumber kekuatan kita bermula dari dalam . Bukan luar ke dalam , tapi dari dalam ke luar .

Kehidupan luaran kita tidak akan lebih hebat daripada kehidupan dalaman kita . Jadi , wajib untuk kita kuatkan dunia dalaman kita . Salah satu hikmah bangun malam ialah , membina kekuatan dalaman disamping itu juga merupakan rahsia para hero dan heroin dunia suatu ketika dahulu . If they can , why can't we ?.

Salah satu lagi rahsi kehebat generasi terdahulu mengikut Dr.Y.Qardawi, mereka banyak bermuhasabah . Maka , mari kita bermuhasabah . Semoga kita berjaya mewarisi kehebatan mereka-mereka yang terdahulu =)




A New Beginning

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam , 

          Pengalaman untuk berada disekolah selama 7 hari bermula Ahad lepas sungguh torbaikk ! . Kalau mahu ditulis dalam satu cerita, nescaya boleh dibuat cerpen ringkas . Mungkin bukanlah satu kisah yang menarik , namun segala macam perasaan yang dilalui sudah pasti akan menjadi satu titik permulaan dalam karea sebagai seorang guru. 

Mulia 

   Super kagum melihat kepada semangat dan ketekunan guru-guru disini dalam memastikan pendidikan yang diberikan kepada para pelajar adalah satu pendidikan yang berkualiti. Suasana sekolah yang happening , guru-guru yanng ceria , garang , dan macam-macam lagi yang telah membentuk persekitaraan disini ^,^ tapi secara ringkasnya , inilah pekerjaan yang mulia . Berkat dari segala ilmu yang dicurah , Allah swt kurniakan kesabaran yang tinggi . 




Students Remaja

 

Bukan mahu berbicara soal cinta remaja , tapi itulah hakikat satu masalah yang dah jadi lumrah di mana-mana sekolah di Malaysia ini . Kenapa ianya lumrah ? sudah tentu jawapan itu ada dalam diri sendiri . Kita pun pernah menjadi remaja kan ? we know how it felt back in those days to be in  loved , to be appreciated by someone , to be taking care of , it was an awesome experiences . 

Sudah tentu , sebab pertimbangan atau sistem nilai pada masa itu masih tidak matang . Cabaran teramat kepada cikgu-cikgu untuk handle perkara macam ini . 

Lagi serabut apabila negara baru-baru ini panas dengan pesta tak bermoral sekumpulan manusia ( walaupun dah lama sebenarnya perkara itu ) . Nak cari solution jauh-jauh , sedangkan solution paling dekat ada . Agama . Tapi , susah juga kalau kita hanya pandai bercakap-cakap kosong . Blue printnye mana ?? kan??. Apa-apa kita bagi jawapan yang confirm tak kan salah , kembalilah kepada Allah . Tapi , kita hanya cakap tanpa dibentangkan blueprint kepada mereka . 

Oh melalut pula , back to the story .. 

Now it's over , 7 hari disekolah berakhir hari ini . Tapi still kena kembali ke IPG untuk hantar assigment yang bagai gunung tingginya (T_T) . Namun , let's be positive ! haha .. 

so what i'm gonna do for today is : 

1.Siapkan laporan 7 hari disini . sudah pasti banyak benda menarik yang akan ditulis . definitely satu pengalaman yang wow ! best ! 

2.Come out with a new reading list ! .. yang lama sudah habis .. haha.. of course , i need to choose what i read .. for me , you become what you read ! =) 

3... belum ada .. haha .. 


anyway , hoping that today will be my best day eva ! and tomorrow will be better than today and so on =) 


                        ----- "Be The Change That You Want To See In This World" -----