Lumrah Manusia

Kita tak boleh expect kanak-kanak untuk berkelakuan seperti orang dewasa . Memang hakikat menjadi kanak-kanak dengan ciri kanak-kanak . Menjadi masalah kerana , suasana masyarakat kita sendiri sudah tidak sama dengan 20 tahun yang lalu .

" Dulu , kami belajar macam itu macam ini .." ayat-ayat seperti ini akan menambahkan lagi beban kepada mereka . Belajar dulu cara dulu la , full stop . Kita yang dewasa ini patutnya lebih memahami atau dalam erti kata lain ada empati dalam berurusan dengan kanak-kanak. Kekurangan sikap inilah yang mendorong kepada kes-kes dera , kes pukul murid teruk-teruk , dan macam-macam lagi .

Tak Membantu

Pukul pelajar supada patuh arahan tak akan selama-lamanya membantu mereka dalam pelajaran . Tindakan yang terhasil daripada rasa takut dan stress tak akan boleh maintain selama-lamanya .

Hari ini merupakan hari sign buku rekod . Memang hari yang dinantikan murid sebab boleh balik awal . Tapi cikgu pun jenuh menanti sebab nak jumpa ibu-bapa . Rata-rata ibu-bapa murid kelas saya tadi , kebanyakkannya seolah-olah tidak peduli langsung akan apa yang anak depa ni dapat atau apa yang perlu dibuat .

Disini boleh disimpulkan , kesalahan pertama dalam kegagalan pendidikan anak-anak adalah berpunca daripada KELUARGA .

Perempuan tu nama Putri Arisya , lelaki tu nama Amir , murid kelas saya =) 
Tadi terdengar dialog antara dua orang murid kelas saya yang ibu-bapa mereka tak datang untuk tandatangan buku rekod : 


Putri : Weh hang dapat beghapa weh ? , woooohhh .. banyok la C ngan D , hahahaha .. tak dok A langsung ! 
Amir : ceh , mai nak tengok yang hang .. hahahaha.. sama ja kita , hang pun banyak C ngan D ja ni.. 
Putri : Lekeh ghupanya kita ni kan .. hehehehe.. 
akhirnya pakat gelak sebab tengok result masing-masing =)


Keletihan yang teramat sekarang ni , walaupun esok cuti , tapi masih akan ke sekolah untuk siapkan projek eureka =) 





0 comments:

Post a Comment