1.Berapa banyak diantara kita yang pernah/selalu menyesal apabila terkenangkan kehidupan lampau mereka? - " aku sepatutnya buat macam itu .. aku sepatutnya study lebih kuat .. " - monolog dalaman seperti ini sudah pasti pernah menerjah fikiran kita bukan ?
2.Itulah manusia ,makhluk yang penuh dengan penyesalan . Bila direnungkan kembali , kenapa selalu kita menyesal ? . Mungkin kerana dalam setiap tindakan kita , kita tidak nampak dimana akhirnya atau apa end product yang akan kita hasilkan .Maka tindakan kita tu kadanga penuh dengan kelalaian dan tidak bersungguh-sungguh .
3.Contohnya , apakah kita betul-betul yakin dengan akhirat dan pembalasannya? kalau ya , kenapa tindakan kita seolah-olah tidak akui hakikat wujudnya akhirat ? . Inilah salah satu contoh dimana kita tidak tahu end product kita . Kita tidak tahu ending kita dimana dan bagaimana atau mungkin kita kurang percaya . Kerana tindakan kita bergantung kepada apa yang kita percaya.
4.Berbalik kepada persoalan penyesalan , saya suka mengambil satu analogi dimana kita putarkan kembali zaman . Mari kembali ke zaman persekolahan , dimana saya sebagai seorang pelajar tingkatan 5 yang sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan . Sudah pasti , jika saya mengetahui masa hadapan , saya mampu melakukan persediaan yang lebih dan sudah pasti jika diberi peluang sekali lagi , mahu saya mengulangi zaman itu seperti mana manusia yang meminta untuk dikembalikan ke Bumi walaupun sesaat untuk beramal .
5.Jikalau diberi peluang untuk kembali ke zaman itu , sudah pasti banyak perkara mahu diubah . Ini kerana saya telah berada di masa hadapan dan sudah nampak salah dan silap saya suatu ketika dahulu . Tetapi , mustahil ada peluang sedemikian . Ringkasnya , kita tidak mampu secara fizikalnya untuk kembali ke masa lampau mahupun masa hadapan . Tetapi secara mentalnya kita boleh .
6.Future mind set , itulah yang saya cuba lakukan dimana saya meletakkan minda saya beberapa tahun ke hadapan . Mungkin pada saat itu saya akan menyesali kerana tidak melakukan sesuatu yang berfaedah pada saat ini , maka secara tidak langsung , saya boleh mengubah/memastikan penyesalan itu tidak berlaku dengan mengubah masa sekarang.
7. Ini terbukti akan berjaya kerana , dahulunya kita merasakan SPM Add Math mungkin agak sukar , tetapi tidak lagi sekarang kerana minda dan keupayaan kita telah banyak meningkat . It's all about discovering the power of our mind .
8. Let's discover the true power of our mind and soul ! =)
Lagu untuk hari ini :


0 comments:
Post a Comment