A_k_t_i_v_i_s di UK



1.Suatu ketika , pernah menjadi seorang aktivis sambilan di UK . Pernah turun untuk berdemo bersama-sama dengan locals . Isunya satu , PALESTINE ! . Palestine telah menghimpunkan ratusan orang di kota Manchester . Tak kenal warna kulit , tak kenal agama . Majoritinya hampir sama . Kristian , Islam dan Yahudi bersama-sama bersuara dengan satu laungan , VIVA PALESTINA .

2.Namun secara peribadinya , kumpulan masyarakat chinese jarang sekali ditemui di perarakan seperti ini . Bukan mahu menjadi racist , tapi seolah-olah mereka tidak ambil cakna apa yang sedang berlaku disekeliling mereka. Mungkin ada sebab yang lagi besar bagi mereka .Tidak mengapa , kerana di Malaysia semua kaum mengambil tahu apa yang sedang berlaku.


3.Peluang yang diberikan digunakan sebaiknya untuk merasai suasana sebenar perarakan membebaskan satu penjajahan . Saya cuba membayangkan suasana ketika zaman perjuangan kemerdekaan suatu ketika dahulu . Sudah tentu lagi padat laungan semangatnya ketika membela perjuangan tanah air sendiri . Tidak terbayang sebenarnya .

4.Terdetik juga , apa perasaan umat Palestine disaat mereka melihat sokongan pada ketika itu . Sudah pasti semangan berjuang mereka semakin membara tatkala melihat sokongan yang diberikan kepada mereka . Namun kadangkala , semua ini hanya menjadi musim . Dikala gempar di dada akhbar dan kaca tv mengenai kekejaman zionist , maka disaat itu baru kita mahu mengambil tahu apa yang terjadi .

5.Saya rindu saat-saat seperti ini di sana . Sekembalinya di tanah air , maka segala kehidupan seperti itu hampir lenyap . Hanya kemahuan dan iltizam yang kuat sahaja mampu mendorong dan mengembalikan semula semangat yang sama ketika waktu itu .



0 comments:

Post a Comment