"Kita tak perlu bincang hal orang lain sangat , itu semua bicara kanak-kanak , visi kita lebih besar " Kata-
kata seperti ini memang betul.Tiada salah dimana-mana. Kita akan cuba mengekalkan keadaan selesa kita
atau dalam erti kata lainn kita mahu berada dalam zon selesa kita tanpa mahu keluar sedikit pun kerana
bagi kita konflik-konflik dan cabaran diluar adalah membuang masa dan boleh menghilangkan fokus kita.
Tanpa kita sedari , kita telah menutup pintu-pintu perkembangan. Kita telah tutup pintu-pintu kemajuan. Ini
kerana , sesuatu organisasi seharusnya mengambil kira juga pandangan luar kerana , dalam satu sistem
tiada yang terkecuali . Untuk mendapatkan sebutir nasi , banyak pihak yang terlibat daripada petani
sehingga kepada pekerja kilang beras . Apa yang nak cuba disampaikan disini ialah , kita tak boleh ignore
some of the component in a system .
Kalau satu gerakan mahu membentuk sebuah Daulah Islamiyyah sebagai contoh , adalah wajar untuk
mengambil kira pandangan dan peranan yang dimainkan oleh semua pihak. Tetapi hal ini kurang terjadi
dalam beberapa situasi sepanjang pengalaman saya yang singkat ini. Ini yang kita katakan zon selesa , kita
tidak mahu keluar dari zon tersebut kerana merasakan cabaran yang bakal dihadapi tidak membawa
kemajuan. Sehinggakan , jika ada perbincangan yang melibatkan hal-hal yang kononya sensitif kerana
berbeza pandangan , maka akan 'dipulau' serta merta perbincangan seperti itu . We need to expand our
comfort zone in order to make improvement . Wallahua'lam .

2 comments:
=jika ada perbincangan yang melibatkan hal-hal yang kononya sensitif kerana
berbeza pandangan , maka akan 'dipulau' serta merta perbincangan seperti itu=
mcm mn pula dgn pihak yg katanya dia betul dan menolak pegangan org lain. dgn cara; menjatuhkan dan mentertawa org2 tersebut..? kita da try utk berbincang cara betul. tp sbb outcome yg mcm lagi buruk kesannya; mmbuatkn terpaksa utk tarik diri, dan memulaukan perbincangan mcm tu? --> phm x?
tindakan yang bagus . kita kena bijak dalam menilai situasi ,kalau kita dapat merasakan yang the conversation will not go anywhere .. just leave for the time being ..
dulu ada seorang akak pernah bagi nasihat, katanya .. kita berhujah bukan untuk menang .. tapi untuk sampaikan benda yang benar .. kita berhujah bukan untuk mencari kesalahan orang lain untuk kita jadikan bahan hujah kita ..
Post a Comment