Tak mungkin anda terlalu sibuk memandu sehinggakan tidak ada masa untuk berhenti mengisi minyak
1.Satu quotation yang amat menarik . Benar . Ada orang yang mengatakan mereka tiada masa untuk rehat kerana terlalu sibuk . Ada juga yang mengatakan rehat sebenar hanya pabila ajal menjelma ( benar juga ) . Disini erti kata rehat bukanlah bermaksud berhenti terus daripada melakukan sebarang pekerjaan dan hanya membuang masa tak tentu hala .
2.Rehat dalam erti kata refresh . Saya ada melakukan sedikit pembacaan hasil penulisan Eric Jensen mengenai Brain-Based Learning . Dia mengatakan bahawa , melalui kajian yang dilakukan keatas kebolehan fokus otak manusia , tempoh atau cycle yang terbaik untuk melakukan sesuatu kerja atau fokus adalah selama 90 minit . Dan untuk mengembalikan fokus , perlu kepada rehat/refresh sebentar .
3.Saya pun pernah mengalami beberapa ketika dimana terasa Manchester adalah satu tempat yang sesak untuk bernafas . Tempat yang tiada siapa pun dapat bantu meringankan beban kerja dan stress yang dialami . Maka mengambil keputusan untuk out sebentar ke kawasan lain dan terbukti berjaya . Kembali ke Manchester dalam keadaan yang recharge =) .
4.Strategi ini sangat penting , terutamanya kepada mereka yang melibatkan diri dalam bidang pekerjaan yang melibatkan interaksi sesama manusia . Usroh , tamrin , daurah dan kepimpinan organisasi memang satu perkara yang mencabar jiwa dan raga ( sudah merasainya ) . Tapi jangan biarkan tekanan yang wujud tu menjadi penyebab untuk kurangkan produktiviti atau turunnya kualiti kerja kita . We have the power to choose .
5.Sesibuk mana pun kita , ada lagi yang lebih sibuk . Sesakit mana pun kita , ada lagi yang lebih sakit . Take your time to recharge your energy =) you can come back with full throttle !


0 comments:
Post a Comment