1.Sebagai rakyat Malaysia , ingin mengatakan bahawa saya sudah muak dengan media yang ada . Baik tv3 mahupun berita harian . Itu semua media kaki kipas . Jikalau gejala seperti ini dibiarkan beterusan , nescaya kalau diberi tempoh masa seratus tahun lagi pun , idea seperti wawasan 2020 tak akan tercapai .
2.Tun Mahathir seorang yang hebat , memang diakui kawan mahupun lawan . Saya sungguh kagum dengan gaya kepimpinan beliau yang selalu kelihatan rilek dan bersahaja ketika dihujani soalan-soalan dan ketika dalam perdebatan . Seorang pemimpin yang mempunyai visi yang jauh dan mantap .
3.Beliau pernah menceritakan bahawa sistem demokrasi yang ada di sini tidak semestinya sama dengan sistem yang dikenali oleh kepimpinan barat . Mungkin ada benarnya di kaca mata seorang yang telah lama dalam permainan ini , namun pada pandangan seorang yang masih mentah dan sungguh tidak tahu selok belok dunia politik , adakah dengan menguasai media dan menyebarkan propaganda membuktikan satu kemajuan telah dicapai setelah sekian lama bebas dari penjajah?
4.Kita mahu membentuk minda yang bebas berfikir . Bebas disini dengan erti kata ada garis panduannya baik dari segi akademik mahupun bukan . Tetapi , apa yang kita lihat apabila menonton Buletin Utama ? ya , kebaikan-kebaikan yang dilakukan , kebajikan yang dipamerkan . Tidak salah . Ini jelas menunjukkan ad usaha yang dilakukan . Sampai bila kita mahu menyumbat dan mengisi pemikiran rakyat kita dengan cara yang sebegini ? 50 tahun lalu , mungkin ianya sangat berkesan .
5.Seharusnya kita perlu berada pada satu tahap yang berbeza daripada ini . 54 tahun sepatutnya telah mengajar kita banyak perkara . Dimana silapnya dan bagaimana mengatasinya ?. Kemunculan media-media lain seperti Astro Awani yang lebih nampak neutral dalam penyampaiaannya adalah satu langkah yang baik . Saya bukan mahu satu media lain yang pro-pembangkang diwujudkan . Cukuplah sekadar satu medium penyampaiaan yang seimbang .
6.Jom mainkan peranan masing-masing . We can do something . inshaAllah .

0 comments:
Post a Comment