Kita Pemuda



" Ada pemuda yang lahir dalam sebuah bangsa yang hidup aman sejahtera. Bangsa ini memiliki kuasa yang mantap dan kemajuaannya melimpah ruah . Pemuda yang lahir dalam suasana ini akan lebih mementingkan diri sendiri lebih daripada mementingkan nasib bangsanya. Dia akan sentiasa berhibur dan berseronok dengan jiwa yang tenang dan selesa "-IHAB


Itulah kata-kata yang diucapkan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna kepada para pemuda . Beliau merupakan seorang yang mempunyai akal fikiran yang hebat . Insan biasa yang merupakan seorang guru mampu mengerunkan para pemimpin politik di barat sehingga akhirnya beliau dibunuh syahid ditangan orang-orang politik yang kejam .

Cabaran besar menjadi seorang pemuda kepada satu gerakan pada masa kini . Kerana pemuda merupakan penentu kepada masa depan organisasi tersebut . Jika hebat pemudanya , satu hari nanti hebat juga gerakan itu . Jika hancur pemudanya , maka tunggu masa untuk hancur pula gerakannya .

Tambahan pula jika sesuatu gerakan itu adalah berbeza dengan haluan kepimpinan negaranya . Ada juga yang mahu sama-sama membawa ideologi yang sama , tetapi ketidakfahaman yang terjadi dalam kalangan grass root cukup merungsingkan . Kenapa saya berkata demikian ? ini hasil pemerhatian saya sepanjang berada di suatu tempat ( baru 3 bulan berada disana ) . Golongan atasan tiada masalah untuk saling memahami , tapi ianya terjadi dalam golongan grass root .

Isunya kadangkala sangat remeh . Tetapi reaction yang ditunjukkan boleh membawa fitnah . Kita mempunyai tujuan yang sama . Matlamat yang sama . Jalan yang berbeza bukanlah penghalang untuk kita saling memahami dan bekerjasama . Sikap terbuka sepatutnya lebih kita amalkan . Kita terlalu rigid sehinggakan tidak mahu membincangkan sama sendiri . Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing . Tapi mungkin kalau kita duduk dan berdiskusi mengenai apa tindakan bersama yang kita boleh lakukan , kita akan dapat lihat satu perubahan kelak ?

Tulisan ini hanyalah cetusan rasa setelah bertahun ( masih muda dalam perjuangan ini ) memerhatikan . Masing-masing tidak mahu keluar dari comfort zone . Comfort zone dengan prinsip "engkau buat kerja kau , kami buat kerja kami " . Bagaimana agaknya masa depan peruangan ini jikalau kita di peringkat grass root tidak mampu mengamalkan sikap keterbukaan seperti mana yang diamalkan oleh pimpinan atasan ? ..






0 comments:

Post a Comment