:: Responsibility VS Ability ::


Jam menunjukkan 445 pagi . Terpacak saya depan laptop ini kerana tak boleh tidur . It's not a sleeping disorder , just wan to make it as a habit to get up early =) .

Menjadi seorang graduan yang pulang dari ovec memang terasa agak berat beban di bahu . "kami kena potong duit cukai bayaq kat hampa" kata-kata dari seorang pensyarah yang memang tak akan saya lupa . Kadang-kadang terasa seperti orang asing berada di tanah air sendiri . Saya faham apa expectation mereka semua . Duit dibelanjankan kepada setiap seorang sangat banyak . Daripada kiraan yang dilakukan oleh seorang pensyarah , jumlah yang diperlukan untuk support seorang pelajar ke luar negara untuk program ijazah 3 tahun mencecah 7 kali ganda jumlah yang diperlukan untuk menanggung perbelanjaan seorang pelajar di tanah air .


Jada apa pengertian ini ? maksudnya seorang graduan yang pulang dari luar negara seharusnya mempunyai kebolehan/keupayaan sebanyak 7 kali ganda dari graduan dalam negara .

Besar kan beban ? itulah yang saya maksudkan dengan responsibility vs ability . Tanggungjawab yang terpikul besar . Namun adakah 'kita' punya kebolehan itu . Bukan senang untuk sentiasa perform 7 kali ganda daripada orang lain . Kita pun manusia biasa yang selalu buat salah dan silap juga kan .

Jadi , kepada bakal-bakal graduan di luar negara , jaga-jaga la anda . Siap siagalah untuk memberi khidmat 7 kali ganda lebih hebat dari graduan dalam negara . Jika tidak , sia-sia sahaja duit rakyat terhadap kita semua . Besar tanggungjawab tu . Memang tidak boleh dinafikan , mereka yang pulang dari overseas akan dipandang 'tinggi' untuk berkhidmat dengan cemerlang dalam sektor awam ( since I'm a gov officer ) .

Baru-baru ini kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian untuk membuka peluang kepada private sektor agar mereka boleh memohon untuk JUSA dan Turus . Ini seolah-olah mahu menidakkan kebolehan yang dimiliki oleh muda-mudi yang berada dalam sektor awam .

Term 'Program Pelajar Cemerlang' yang terpahat pada surat tawaran kemasukkan ke IPG terus menghantui kami . Bukan senang untuk berhadapan dengan masyarakat di kampus itu . Namun kami cuba sedaya upaya untuk mengambil tekanan itu dengan positif . Kebanyakkan pensyarah pula memberi sokongan yang kuat dan baik .

Akan dipastikan , investment terhadap kami tidak akan sia-sia . 7 kali ganda perkhidmatan akan diberikan . Namun , untuk memberi 7 kali ganda memerlukan kepada persediaan dalaman yang sangat kuat . Dunia luaran kita tidak akan jadi lebih hebat dari dunia dalaman .Kalau inside tak kuat , luar akan turut lemah .Jadi kena pastikan dalaman kuat untuk berhadapan dengan cabaran ini .


Saya selalu terfikir , what does it takes to be a Prime Minister ? . Dengan jadual yang sibuk . Kejap ada disana , disini , jumpa dengan delegasi-delegasi negara lain , selesaikan masalah negara , mungkin dalam tidur pun mimpi akan masalah negara . Sedangkan dia hanya manusia biasa . Mungkin habit yang dimilikinya adalah luar biasa ? . Makin besar jawatan - makin besar tanggungjawab - makin besar kebolehan diperlukan =) .


Kebolehan boleh dibentuk . Kebanyakkan mereka yang hebat bukan hanya sebab there are gifted. Mereka berkerja keras untuk itu . Bukan mahu mengejar dunia , bukan juga mahu mengejar harta . Tetapi kita membincangkan soal amanah rakyat , duit rakyat , dimana kelak kita akan dipersoal kat akhirat kelak . Wallahua'lam ..





0 comments:

Post a Comment