:: Mencari sebab di sebalik satu penulisan ::



Sesiapa pun boleh menulis . Tagline yang benar pada masa kini . Semuanya mudah , blog pun free , FB pun boleh buat notes , twitter boleh twit-twit . Tapi untuk apa ? untuk apa kita menulis ? . Ini soalan yang tiada juga skema jawapan . Ada orang menulis untuk share , ada yang menjadikan blog atau website sebagai tempat luahan isi hati dan macam-macam lagi .


Untuk apa saya menulis ? -satu soalan yang banyak jawapan =)


Memang diakui secara jujurnya , saya bukan seorang penulis yang baik . Penulis yang baik pada definisi saya ialah mereka yang mampu menyentuh hati para pembaca dan I'm definitely not one of them . Tapi tidak mengapa , kerana mungkin tujuan saya bukan ke arah itu . Tertarik hati tatkala membaca hasil-hasil tulisan/ucapan Imam Hassan Al-Banna . Bukanlah menjadi fanatik kepada tokoh ini cumanya ucapannya yang diterjemahkan menjadi tulisan memang berjaya menyentuh hati .


Ayat yang berbunga . Itu kebanyakkan persamaan yang boleh dilihat pada penulis masa kini . Menarik , kerana ayat-ayat berbunga yang saya maksudkan ialah ayat-ayat yang cantik . Indah benar bahasa yang digunakan .

Tetapi , penulis semakin ramai . Masing-masing mengeluarkan novel , cerpen dan macam-macam lagi . Namun nak mencari penganti kepada legend-legend yang dahulu sukar sekali . Kebanyakkan penulisan sekarang berkisar kepada kisah-kisah cinta yang bukan-bukan ( kerana ada penulisan yang sangat baik tentang cinta ) , sukar sekali ditemui satu hasil yang mampu berdiri teguh setanding dengan La Tahzan sebagai contoh .

Tak cukup bakat ? tidak , sebab hasil-hasil penulisan kisah-kisah cinta cukup cantik sekali membuktikan bakat yang melimpah ruah .

Itu apa yang saya perhatikan secara umumnya . Kemana perginya hasil-hasil penulisan muda reamaja kita yang hebat-hebat ? bakat di luar sana cukup banyak . Mampukah kita mengubah masyarakat dengan penulisan ?

Jadi apa tujuan disebalik penulisan ?

Dakwah ,

Lepas perasaan ,

Kongsi ,

Itu antara tujuan yang sering didengari . Bagi saya , menulis adalah tempat untuk saya rehat . Tak semestinya sesuatu penulisan itu hebat , mantap dan terkenal . Cukuplah sekadar ianya mampu menjadi RnR ( rest and recharge ) . Pernah membaca satu statement yang berbunyi


" Writing things down deepen commitment "


Prinsipnya senang saja , biar apa pun tujuan kita .. make sure dapat jadi saham di sana kelak =) wallahua'lam ..




0 comments:

Post a Comment