:: Mengeluarkan positive energy ! ::



Azan subuh masih belum berkumandang , saya mencuri sedikit masa untuk update laman ni . Kadang-kadang , bila kita tengok seseorang yang sentiasa positif , senyum dan nampak sihat selalu tentu membuatkan kita pun terasa seperti gembira dan bertenaga .

Bila kita positif , nescaya orang lain yang berada dalam kawasan 'energy' pun akan terasa positif . Cuba bayangkan , kita stress , murung , tension , 'muka ketat' . Confirm tak siapa mahu bertanya lebih , semua rasa nak get a way dari kita . Tambahann pula ianya satu situasi yang kurang baik . Kita mahukan apa yang kita berikan kepada orang lain positif belaka .

Cumanya , biasa la sebagai seorang manusia kadangkala tiba masa-masa akan terasa down dan kecewa , penat dan segala-galanya yang mungkin untuk merosakkan mood seorang manusia . Saya secara personalnya cuba elak untuk jatuh ke zone itu . Kadang-kadang tindakah kawan kita yang kecil saja seperti tak reply mesej di FB ( contoh ) pun boleh rosakkan mood apatah lagi hubungan sesama saudara .

Namun saya punya kuasa untuk memilih 'my reaction' , what kind of energy to release dan saya rasa yang terbaik ialah just let the moment pass . Sebab banyak tugasan sebagai seorang guru yang berdepan dengan masyarakat memerlukan kepada pengawalan emosi yang stabil . Kita mahu memberi yang terbaik kepada mereka . Seorang dai'e juga mestilah mempunyai tahap emosi yang stabil .

Emosi kita sangat berkait rapat dengan who we are . So don't let it control you , you are the CEO of your life after all .


Rasulullah saw seorang yang sangat hebat mengawal dirinya . Sahabat-sahabat baginda juga banyak yang berubah setelah mengenali Islam . wallahua'lam .


Dikala pagi yang hening =)





0 comments:

Post a Comment