:: The coming of 2012 ::


Tahun 2012 masihi bakal memunculkan diri bermula esok . So banyak la akan keluar azam2 baru lepas ni . Yang super malas akan cakap , sama macam tahun lepas . Which is not bad at all , mana tahu kan azam tahun lepas dia supaya tahun itu lebih baik dari tahun sebelumnya , so tahun 2012 akan jadi lebih baik dari 2011 and so on .


My target ? certainly everyone has targets for 2012 kan ? . Well , for me the list will not be too long . First of all , of course getting married ! lols plus damn cuak kot . Saya tak tahu adakah sudah cukup bersedia untuk menghadapi kehidupan rumah tangga . Honestly tak tahu . Well , apa pun hidup mesti terus ke hadapan kan =) .


Seterusnya satu lagi cabaran 2012 ialah , bermulanya kehidupan sebagai guru ! =) . Sudah tentu saya tidak mahu jadi mediocre . I want to be the best kot . haha . Sifir mudahnya , buat kerja sampai ke tahap tiada siapa mampu buat macam tu . Bermaksud be the best ! yeah . InshaAllah.


List yang lain tak boleh ditulis disini , sebab boleh menimbulkan atau memasukkan diri ini ke dalam zon riak .

PRU 13 ?

Ini juga antara agenda paling hot dalam tahun 2012 nanti . Setiap zarah dalam badan ini dah bergetar tak sabar nak mengundi . lol .

Berkaitan dengan PRU ni kan , ada satu fenomena yang saya kerap kali lihat . Ada golongan manusia yang selama ini tidak pernah ambil tahu tentang perihal kedudukan Islam . Tapi apabila di gembar gembur oleh sesetengah pihak bahawa kedudukan Islam akan terjejas jikalau negara ini jatuh ke tangan pihak lain , maka ramai hero-hero muncul .

Tak salah , cumanya let's look at the bigger picture now . Bagaimana sikap ketidak pedulian selama ini terhadap agama yang tetiba muncul hanya kerana kepentingan politik ? . Selama ini tidak pernah nak ambil tahu kedudukan Islam dalam kehidupan ? tiba-tiba nak jadi hero untuk keududukan Islam dalam perlembagaan ? .

Sikap ignorance itu pun selama ini telah menjejaskan kedudukan Islam ! . Tanpa disedari , diri sendiri yang selama ini mejatuhkan kedudukan Islam dalam kehidupan . Kalau dah Islam tiada lagi dalam kehidupan , kenapa nak diletakkan lagi dalam perlembagaan ? . Well , it's just a piece of mind .

Apa pun dalam perancangan anda semua untuk tahun 2012 ni , make sure it's balance !=) kepada yang belum grad , it's just another year of struggle ! haha .




0 comments:

Post a Comment