Berikut merupakan petikan daripada satu hadis yang agak panjang :
Dari Abu Hurairah ra , sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :" ..... Dan seandainya mereka mengetahui pahala yang terdapat dalam shalat isya' dan subuh secara berjama'ah , niscaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak"(Muttafaq alaih)
Pertamanya , hadis ini merupakan potongan dari satu hadis yang panjang yang menerangkan keutamaan azan dan saf pertama dan di akhirnya mengenai keutamaan solat isya' dan subuh berjemaaah.Hati berasa sungguh berat apabila mulut berbicara mengenai perjuangan agama tetapi untuk beristiqamah dengan hadis diatas pun kadang-kadang terasa sukar.
Suatu ketika dahulu , dikala masukknya waktu solat sudah pasti akan mendapat panggilan telefon atau ketukan di pintu bilik mengajak bersama berjemaah di masjid .
Adakah sebab ajakan sahabat saya punya kekuatan untuk berjalan membelah 'bayu' sejuk di Manchester untuk ke masjid sedangkan saya boleh berjemaah di rumah sahaja? mungkin juga , mungkin tidak , biarlah tersimpan dalam hati =p
selamat beramal ! =)

0 comments:
Post a Comment