Sepatutnya , tindakan ini dah lama diambil oleh badan dunia ni . UNESCO atau United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization merupakan pertubuhan yang telah disekat funding oleh the States disebabkan tindakan mereka untuk mengiktiraf Palestine . Memang tidak dinafikan pertubuhan dunia seperti UN sebenarnya bukan satu pertubuhan yang adil . Ianya dikawal oleh beberapa shadow hands di belakang tabir .
Namun , sebagai golongan yang bijak , tak seharusnya kita jatuh ke perangkap mereka . Kalau tak boleh menang dengan cara A , we still have B , C and so on . Usaha tetap usaha . Seperti yang saya katakan sebelum ini , benda ciptaan manusia yang kecil iaitu zip ( zipper ) walaupun ianya kecil tapi kegunaan dan manfaatnya besar . Jadikan prinsip kita seperti itu , walaupun sekecil-kecil usaha dengan hanya mengambil tahu apa yang terjadi di setiap kali kita 0n9 dan sebar-sebarkan kepada orang lain , inshaAllah amat bermakna =)
ok , berbalik kepada isu recognition dari UNESCO tadi , walaupun kepimpinan Abbas pada satu-satu masa banyak kali dipertikaikan , namun pada pandangan saya tidaklah beliau suka melihat tanah Palestine jatuh ke tangan Israel seperti mana orang lain juga . Cumanya, methode beliau mungkin berbeza dengan pendekatan yang di bawa oleh Gerakan Hammas .
Sekecil-kecil usaha beliau atau mungkin nampak seolah-olah menemui jalan buntu , tidak harus diperlekehkan .
Dunia sekarang sudah bijak dan tidak takut lagi dengan the States mahupun Israel . Kuasa sekarang bukan di tangan mereka . Sebesar dan sehebat mana pun mereka , krisis ekonomi suatu hari nanti pasti membawa mereka tersembam ke bumi makan pasir . Bila mana saya mengatakan the states disini , merujuk kepada pimpinan-pimpinan mereka yang zalim , bukan 100% kepada rakyatnya . Ini kerana , sebenci-benci kita kepada kezaliman yang mereka lakukan , ada juga rakyat mereka yang merasakan perkara yang sama . Bukan semua citizen of The States kejam macam pimpinan zalim mereka . Tapi kita kena ingat , kalauu The States jatuh sebab krisis ekonomi , Malaysia juga akan follow the step maybe .
Dunia Islam pada masa kini juga mesti lebih berani . Malaysia dulu suatu ketika dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir cukup lantang membantah Zionist .
Sehinggakna pada satu perjumpaan OIC , Tun Mahathir dikecam seluruh dunia apabila mengeluarkan statement berani mati dengan mengutuk Israel dan Eropah secara terang-terang di perjumpaan itu .
" I was just stating the fact , we can't say anything about you but you always called us with labels " - Tun Mahathir dalam temu ramah hard talk di BBC
Berani , inilah tokoh pimpinan yang kita cari-cari . Walaupun banyak juga 'kezaliman' beliau , tapi dalam isu global seperti ini , kita harus memberi sokongan .
Jadi apa peranan anda sebagai pelajar ? guru ? engineer ? Dr ? - find your purpose of life -
wallahua'lam ..


0 comments:
Post a Comment